Hanya 18,000 peserta hadir Himpunan Turun Anwar – PDRM

KUALA LUMPUR – Himpunan Turun Anwar anjuran pembangkang yang berlangsung di Dataran Merdeka dilihat gagal mencapai sasaran kehadiran 500,000 peserta seperti digembar-gemburkan oleh penganjur sebelum ini.

Sebaliknya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan hanya sekitar 18,000 peserta hadir menyertai perhimpunan yang bermula sejak awal pagi tadi.

Pemangku Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, perhimpunan yang bermula sejak awal pagi itu berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

“Sehingga pukul 5.30 petang, tiada laporan polis diterima berhubung sebarang kejadian berkaitan perhimpunan ini.

“Kita bersyukur kerana semuanya berjalan dengan baik walaupun mungkin ada satu atau dua perkara yang tidak dipersetujui di peringkat awal, namun ia dapat diselesaikan,” katanya ketika ditemui media di himpunan, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Mohamed Usuf Jan berkata, seramai 3,000 pegawai dan anggota PDRM ditugaskan mengawasi perjalanan perhimpunan tersebut termasuk mengawal aliran trafik serta keselamatan orang awam di sekitar Dataran Merdeka.

Beliau turut mengingatkan penganjur agar lebih telus dalam setiap perancangan penganjuran perhimpunan pada masa hadapan demi menjaga keselamatan orang ramai.

“Polis perlu menitikberatkan aspek keselamatan kerana ia adalah tanggungjawab utama kami. Apa sahaja insiden yang berlaku adalah di bawah tanggungjawab kami sepenuhnya.

“Kami akan sentiasa mengikut peruntukan undang-undang dan mempermudahkan perancangan untuk berhimpun. Sebagai rakyat Malaysia, tuan-tuan ada hak untuk berhimpun dan kami akan membantu dari segi kawalan keselamatan serta ketenteraman awam,” katanya.

Related Posts

Rakyat Malaysia perlu berhenti berbalah isu bahasa

BENTONG – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menghentikan pertelingkahan berpanjangan antara kaum berhubung isu bahasa, sebaliknya kembali memberi tumpuan kepada usaha membina masa depan anak-anak negara lebih berdaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas Panglima Tentera Darat tak mengaku terima rasuah lebih RM2.12 juta

Kuala Lumpur: Bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan yang berdepan empat pertuduhan rasuah berjumlah lebih RM2.12 juta, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jalan rosak di Sepanggar diberi perhatian serius – Mustapha

Jalan rosak di Sepanggar diberi perhatian serius – Mustapha

59 ADUN Perak termasuk pembangkang terima peruntukan sama rata RM10,000 sebulan

59 ADUN Perak termasuk pembangkang terima peruntukan sama rata RM10,000 sebulan

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

  • By Ynom
  • January 22, 2026
SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

  • By Fandi
  • January 22, 2026
Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028