Hanya 17 peratus sekolah di Johor masih terlibat dua sesi

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor yakin dapat melaksanakan sistem persekolahan satu sesi menjelang tahun 2030 seperti yang dirancang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, ini kerana, hanya 17 peratus atau 204 buah sekolah berbanding 1,194 sekolah di negeri ini masih menjalankan sistem persekolahan dua sesi melibatkan pagi dan petang.

Aznan berkata, ia disebabkan faktor kepadatan jumlah murid dan pelajar menyebabkan masih terdapat sebahagian kecil sekolah yang terpaksa menjalani dua sesi persekolahan.

“Majoriti sekolah berkenaan terletak di daerah Johor Bahru dan Pasir Gudang. Sehubungan itu, pihak kami akan bekerjasama dengan KPM bagi memastikan hasrat pelaksanaan sistem persekolahan satu sesi menjelang 2030 tercapai.

“Apabila melibatkan aspek pendidikan negeri, Johor akan mengikuti dasar dilaksanakan kerajaan persekutuan. Kita juga bersyukur dengan hasrat itu kerana pelaksanaan Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ) juga melibatkan sistem persekolahan satu sesi.

“Kita yakin hasrat itu dapat dilaksanakan kerana Johor telah menerima lapan buah sekolah baharu menerusi pembentangan Belanjawan 2025 lalu,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Microsoft Al Teach
Johor Perkasa Komuniti Dengan Kemahiran Digital dan Teknologi Al di Politeknik Ibrahim Sultan, di sini, semalam.

Tambah Aznan, pelaksanaan sistem persekolahan satu sesi tidak hanya memberi manfaat kepada murid dan pelajar, tetapi juga kepada golongan ibu bapa khususnya dalam aspek menguruskan jadual persekolahan anak-anak.

“Ambil contoh ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah sesi pagi dan juga petang, agak sukar menyusun jadual berbanding jika melibatkan hanya satu sesi sekolah sahaja.

“Sistem persekolahan satu sesi turut beri kelebihan kepada Johor kerana kita mempunyai sekolah agama, ini bermakna pengurusan sekolah agama juga dapat dilaksanakan dengan lebih teratur,” ujarnya.

Kelmarin, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dilaporkan berkata, Kementerian Pendidikan menyasarkan untuk menyelesaikan sistem persekolahan satu sesi menjelang 2030.

Menurut beliau, sehingga kini hanya kira-kira 1,000 buah daripada 10,000 buah sekolah masih belum melaksanakan sistem persekolahan satu sesi berikutan mereka berdepan isu kepadatan murid di sekolah berkenaan.

Related Posts

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

KANGAR – Seorang nenek mengaku bersalah dan didenda RM1,500 atas tuduhan memalsukan maklumat kelahiran seorang cucunya di Mahkamah Majistret Kangar di sini hari ini. Prosiding pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

KANGAR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyalurkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM17,193,470 kepada negeri Perlis bagi menyokong pelbagai program pembangunan Islam di negeri ini. Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan