Hantar bukti kepada saya, jika jumpa harga barang naik – Rafizi

ORANG ramai dinasihatkan agar menghantar bukti kepada pihak kerajaan jika mendapati kenaikan harga sesuatu barang sehingga membebankan kehidupan mereka, kata Rafizi Ramli.

Malah Menteri Ekonomi itu mempelawa orang ramai agar berhubung secara langsung dengannya jika mengesan harga barang meningkat melambung daripada harga yang sepatutnya.

Tegasnya, negara mempunyai sistem pelaporan harga barang yang baik dan laporan inflasi itu disokong oleh turun naik setiap harga barang yang dipantau.

“Setiap bulan, ada harga barang yang naik, ada harga barang yang turun, ada yang tidak berubah tetapi tidak ada sesiapa yang boleh menafikan bahawa inflasi kekal rendah berbanding sebelum Kerajaan Madani mengambil alih.

“Jadi kalau terjumpa orang di media sosial yang kata harga barang naik melambung dan hidup sengsara sebab harga barang naik, saya minta hantar bukti itu kepada saya.

“Supaya saya boleh bagi kepada KPDN untuk diambil tindakan kerana jelas peniaga itu mengambil kesempatan, dalam keadaan suasana inflasi keseluruhannya adalah rendah,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Menyentuh keluhan orang ramai di media sosial yag mendakwa harga barang semakin melambung meskipun kadar inflasi negara stabil dan berada di bawah paras dua peratus iaitu terendah sejak beberapa tahun ini, Rafizi berkata, dakwaan itu tidak benar berdasarkan data.

Ini kerana menurur Rafizi, data itu didapati menerusi laporan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Kata mereka, kadar inflasi itu tidak betul sebab dimanipulasi tetapi saya yakin pegawai-pegawai kerajaan tak tipu saya bila mereka muktamadkan laporan inflasi setiap bulan, saya rasa kena semak juga.

“Jadi saya dapatkan laporan terperinci dari KPDN untuk menunjukkan perbandingan harga barang,” katanya.

Bagaimanapun, Rafizi tidak menafikan terdapat 238 mengalami kenaikan harga.

Menurutnya, empat barangan segar dikesan mengalami kenaikan harga hingga 10 peratus dalam tempoh Julai 2024 ketimbang Jun tahun ini.

“Barang itu ialah betik biasa yang naik dari harga RM4.48 ke RM5.57 sekilogram (kg), manakala udang putih meningkat dari RM36.67 ke RM42.29 satu kg, oren valencia RM1.24 ke RM1.43 sebji dan jambu batu tanpa biji RM9.65 ke RM10.81 satu kg,” katanya.

Rafizi juga menjelaskan terdapat 20 barangan segar mengalami penurunan harga lebih 10 peratus di pasaran.

“Tetapi terdapat 177 barang yang turut mengalami harga turun manakala 59 barang lagi tidak berubah harga.

“Ada 20 barangan segar yang turun harga melebihi 10 peratus antaranya, timun, kacang buncis, cili api, kubis bulat, daging kambing bebiri, limau kasturi, sawi, anggur merah, lada benggala, kacang panjang, ayam bersih, kailan, saderi, kacang botol, terung bulat, kubis bunga dan limau nipis.

“Ayam bersih turun harga dari RM9.62 kepada RM8.54 per kg,” katanya.

Related Posts

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

KUALA LUMPUR – UMNO akan mengundang pemimpin tertinggi setiap parti politik Melayu dan Islam untuk memulakan usaha pembentukan kolaborasi agung dalam masa terdekat. Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO tubuh kolaborasi agung Melayu tanpa menggugat Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR – UMNO berhasrat untuk menyatukan seluruh parti Melayu dan Islam di bawah satu gabungan dikenali ‘grand collaboration’ atau ‘kolaborasi agung’, tanpa berhajat untuk menggugat Kerajaan Perpaduan. Presiden UMNO,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim