Hampir 5,000 orang sertai solat jemaah Maghrib dipimpin Imam Palestin

KUALA LUMPUR – Kira-kira 5,000 orang tidak melepaskan peluang menyertai saf solat jemaah Maghrib yang diketuai oleh Imam Palestin di Axiata Arena Bukit Jalil, pada Ahad.

Orang ramai hadir seolah-olah ‘lautan’ putih menjadi tema Himpunan Pembebesan Palestin seawal jam 6.30 petang sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.

Mereka hadir dengan bendera dikibarkan bendera dan poster sebagai sokongan dengan kata-kata semangat yang terkesan akibat kekejaman rejim Zionis.

Himpunan Pembebasan Palestin itu juga adalah simbolik mesej yang kuat kepada dunia bahawa Malaysia mengutuk pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh dan kekejaman berterusan rejim Zionis.

Perhimpunan malam ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyampaikan ucapan untuk menyatakan sokongan terhadap perjuangan Palestin bersama beberapa pemimpin lain yang akan hadir.

Pada 24 Oktober tahun lepas, Himpunan Malaysia Bersama Palestin diadakan di Axiata Arena yang menghimpunkan pemimpin politik Kerajaan Perpaduan dan pembangkang bagi menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin.

Lebih 15,000 rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang, agama dan bangsa telah menghadiri himpunan itu bagi menyampaikan mesej kepada dunia dan menunjukkan solidariti terhadap Palestin.

Related Posts

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

KUCHING – Sebanyak 10 tapak Bazar Ramadan akan beroperasi dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Padawan (MPP) bagi tahun 2026, melibatkan penyertaan penganjur daripada pihak komuniti dan sektor swasta. Pengerusi MPP,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

PAGI itu, seorang ibu berdiri di hadapan pintu sekolah rendah dengan tangan anaknya digenggam erat. Anak itu baru berusia 6 tahun. Wajahnya tidak gentar. Beg galasnya kemas, matanya bercahaya, dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi