Hamas mula proses pilih pengganti Haniyeh

GAZA – Hamas pada Sabtu mengumumkan bahawa kepimpinannya memulakan proses memilih ketua biro politik yang baharu selepas pembunuhan Ismail Haniyeh di Tehran.

“Susulan kematian pemimpin kami (Haniyeh), kepimpinan pergerakan memulakan proses rundingan dalam kalangan kepimpinan dan institusi penasihatnya bagi memilih ketua baharu untuk pergerakan ini,” Anadolu memetik kenyataan Hamas.

Menurut kenyataan itu, pembunuhan Haniyeh akan hanya menjadikan Hamas dan penentangan Palestin lebih kuat dan lebih berazam untuk meneruskan tindakannya.

Hamas berkata, pihaknya akan mengumumkan hasil rundingan sebaik sahaja selesai.

Haniyeh dibunuh pada awal Rabu selepas menghadiri majlis angkat sumpah Presiden baharu Iran, Masoud Pezeshkian.

Pengawal peribadi Haniyeh turut terkorban dalam kejadian itu.

Related Posts

Handala godam laman web Stryker

WASHINGTON – Serangan siber ke atas syarikat peralatan perubatan Amerika Syarikat (AS) – Stryker – dilapor dilakukan oleh kumpulan penggodam Handala yang dikaitkan dengan Iran, susulan serangan ketenteraan AS dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 9,000 lokasi jadi sasaran AS-Israel

ISTANBUL – Tentera Amerika Syarikat (AS) dan Israel menyerang 9,000 sasaran dalam tempoh 10 hari pertama serangan ke atas Iran, kata Datuk Bandar Tehran, Alireza Zakani pada Khamis, lapor Anadolu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan