Hajiji ucap takziah kepada Premier Sarawak atas pemergian isteri

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, merakamkan ucapan takziah kepada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan keluarga atas kembalinya ke rahmatullah isteri yang dikasihi, Puan Sri Hajjah Juma’ani Tuanku Bujang, awal pagi ini.

“Dengan rasa terharu dan amat dukacita, saya bagi pihak Kerajaan Negeri merakamkan ucapan takziah kepada Premier serta keluarga atas kembalinya ke rahmatullah isteri yang dikasihi, Al-Marhumah Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang.

“Semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas roh Al-Marhumah dan menempatkannya di kalangan insan-insan yang soleh,” katanya dalam kenyataan media, di sini pada Isnin.

Juma’ani, 76, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Kuching pada pukul 3.34 pagi.

Allahyarham anak kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak kedua, Tun Tuanku Bujang Tuanku Othman.

Related Posts

Klinik Kesihatan Gunung Besout terima ambulans baharu, pertingkat respons kecemasan luar bandar

TANJUNG MALIM – Penduduk di Gunung Besout kini menikmati akses perkhidmatan kesihatan yang lebih pantas apabila sebuah ambulans baharu diserahkan kepada Klinik Kesihatan Gunung Besout, di sini sekali gus memperkukuh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

SANDAKAN – Kerajaan merancang menambah sekurang-kurangnya 81 lagi Wellness Hub di seluruh negara, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 119 hab kesihatan komuniti pada masa hadapan. Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Klinik Kesihatan Gunung Besout terima ambulans baharu, pertingkat respons kecemasan luar bandar

Klinik Kesihatan Gunung Besout terima ambulans baharu, pertingkat respons kecemasan luar bandar

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI