Hajiji seru rakyat Sabah beri peluang kerajaan pimpinannya kekal memerintah

KOTA KINABALU – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berharap agar kerajaan pimpinannya diberi peluang lagi oleh rakyat Sabah untuk terus memerintah negeri berkenaan.

Beliau berkata, masih terlalu banyak yang perlu dilakukan untuk memajukan negeri dan mensejahterakan rakyat.

“Dengan hati dan minda yang terbuka, saya harap kerajaan ini akan diberi peluang sekali lagi oleh rakyat untuk terus memerintah.

“Jika kerajaan ini kembali memerintah, kita akan kekal bersama-sama menjayakan dan memperhebat lagi pelaksanaan Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Pelan pembangunan Hala Tuju SMJ 1.0 akan menjadi Hala Tuju SMJ 2.0, demi kemakmuran negeri dan kesejahteraan seluruh rakyat, sesuai agenda untuk menjadikan Sabah negeri hebat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 bersama Penjawat Awam di Negeri Sabah, di Pusat Kovensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Khamis.

Menurut Hajiji, agenda besar kerajaan pada hari ini untuk menjadikan Sabah sebuah negeri hebat dan cemerlang dalam pelbagai sektor pembangunan di masa hadapan.

“Kerajaan meletakkan suatu dasar yang jelas lagi komprehensif, dasar terbaik untuk negeri dan seluruh rakyat.

“Dasar Hala Tuju SMJ yang kita cipta sesuai dengan keperluan dan kehendak semasa ke arah kemajuan holistik dan kesejahteraan yang merangkumi setiap lapisan rakyat.

“Bagi menjayakan agenda memperhebatkan negeri ini, jalinan kerjasama dan persefahaman antara pimpinan negeri dengan para penjawat awam, perlu terjalin erat dan sentiasa diperkukuhkan atas nama pertanggungjawaban dan kecintaan terhadap negeri dan tanah air yang disayangi,” kongsinya.

Sehubungan itu, beliau mengulas lanjut berkenaan hubungan akrab yang sedia terjalin, antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan adalah hubungan yang diibaratkan seperti aur dengan tebing, bukan sahaja harus dikekalkan, tetapi juga wajib diperkukuh lagi.

Katanya, hubungan baik antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan telah membawa banyak manfaat dan faedahnya kepada kita di Sabah.

“Berbagai isu dan perkara dapat dirundingkan, bahkan dapat diselesaikan, merangkumi isu-isu berkaitan perundangan dan akta, isu-isu Perjanjian Malaysia 1963 dan lebih penting lagi isu-isu berkaitan usahasama atau kolaborasi antara Kerajaan Negeri dengan PETRONAS.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh anggota perkhidmatan awam negeri dan persekutuan, yang sejak hampir lima tahun ini, sentiasa memberikan sokongan dan dokongan terhadap kepimpinan saya.

“Di sebalik berbagai halangan dan rintangan yang saya hadapi, saya masih boleh berbangga kerana anda, warga penjawat awam tetap berdiri teguh di belakang saya hingga ke hari ini,” ujarnya.

Related Posts

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

KOTA KINABALU – Program Autism Fun Run 2026 yang julung kali diadakan di Stadium Universiti Malaysia Sabah bukan sekadar acara santai komuniti, sebaliknya menjadi simbol kebangkitan kesedaran awam terhadap jurang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menegaskan pihaknya tidak terlibat secara langsung dalam penganjuran program Songkran Sunset Splash Run yang dianjurkan, baru-baru ini. DBKK dalam satu kenyataan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelantikan 14 hakim: Azalina minta tunggu istiadat di Istana Negara

Pelantikan 14 hakim: Azalina minta tunggu istiadat di Istana Negara

Fitnah larangan takbir: MP Jasin, Harakah diarah bayar RM15,000 kepada menteri

Fitnah larangan takbir: MP Jasin, Harakah diarah bayar RM15,000 kepada menteri

Kempen Internet Selamat diperkasa, tekankan literasi digital dan keselamatan siber

Kempen Internet Selamat diperkasa, tekankan literasi digital dan keselamatan siber

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’