Hajiji salur pelbagai bantuan, sumbangan kepada penduduk DUN Balung

TAWAU – Pelbagai bentuk bantuan dan sumbangan disalurkan kepada penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balung menerusi Program Outreach Ketua Menteri bersama badan bukan kerajaan (NGO) di Dewan Terbuka, Taman Sri Balung, di sini, pada Ahad.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyempurnakan penyerahan kunci kepada 10 penerima Rumah Mesra SMJ dari kawasan berkenaan, serta menyerahkan tiga unit van jenazah kepada beberapa masjid tempatan.

Hajiji berkata, pelaksanaan program berkenaan adalah sebahagian daripada inisiatif di bawah Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ 1.0: 2021-2025) yang berteraskan pembangunan mampan dan kebajikan rakyat.

“Antara tumpuan utama ialah Program Outreach Ketua Menteri bersama NGO dan usahawan muda luar bandar yang digerakkan melalui Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) dengan sasaran 5,000 peniaga muda di seluruh Sabah.

“Bagi DUN Balung, seramai 100 usahawan muda telah terpilih menyertai program ini,” katanya pada Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat.

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri kekal komited dalam merangka dan melaksanakan program berimpak tinggi, mampan dan inklusif demi manfaat rakyat di seluruh negeri.

Dalam pada itu, sumbangan kewangan turut disalurkan, termasuk RM1 juta kepada Hub Pemulihan Sri Stella dan RM500,000 kepada Koridor Respiratori Pantai Timur, Hospital Tawau.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16