Hadir aktiviti kemerdekaan tanda sokongan, penghargaan kepada negara

TAWAU – Hadir dan melibatkan diri dalam aktiviti program sambutan kemerdekaan adalah satu cara menunjukkan tanda sokongan, cinta dan penghargaan kepada negara.

Demikian dinyatakan seorang penduduk Tawau, Junainah Jumit, 50, dari Kampung (Kg.) Kijang Merotai yang ditemui semasa Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024 Peringkat Tawau di pekarangan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) di sini pada Sabtu.

Dia berkata, sokongan dari semua lapisan umur amat penting kerana melambangkan semangat patriotisme dan jati diri yang tinggi.

“Kita mesti memberi sokongan apa jua program begini di peringkat daerah, komuniti kampung terutama negeri Sabah inilah dengan menghadirkan diri di program sambutan kemerdekaan sebab sekarang kita sudah bebas dari pandemik Covid-19.

“Saya sangat gembira dan teruja biarpun umur sudah lanjut, semangat mesti mahu ada. Selagi boleh hadir, kita meriahkan,” katanya.

Menurut Junainah, menjelang sambutan 31 Ogos dan Sambutan Hari Malaysia pada 16 September hadapan, dia bersama keluarga sudah merancang untuk ke Kota Kinabalu menyemarakkan lagi kedua-dua sambutan tersebut.

Sementara itu, bercakap kepada media, Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui berharap agar rakyat Malaysia mengingati pengorbanan perajurit tanah air yang nemperjuangkan kemerdekaan.

“Kita tidak boleh lupa jasa dan pengorbanan pahlawan yang mencapai perjuangan kemerdekaan terdahulu.

“Kita juga perlu menghargai nikmat kemerdekaan yang ada dan menyokong sebarang penganjuran program kemerdekaan yang dilaksanakan di seluruh negara khususnya Sabah,” katanya.

Beliau juga menyeru agar warga Tawau sentiasa bersatu padu dalam menghadapi sebarang cabaran yang boleh menganggu gugat keamanan, keharmonian dan kedaulatan negara yang dikecapi kini.

  • Related Posts

    Dua suspek larikan barang kemas berjaya dicekup

    TEMERLOH – Dua lelaki ditahan disyaki terlibat kes larikan barang kemas dari sebuah kedai emas di di Jalan Ahmad Shah di sini, 27 April lalu. Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Lelaki berputih mata rugi RM411,000 diperdaya pelaburan saham tidak wujud

    KUCHING – Seorang lelaki warga tempatan berusia 55 tahun mengalami kerugian sebanyak RM411,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan pelaburan saham tidak wujud dalam talian. Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Dua suspek larikan barang kemas berjaya dicekup

    Dua suspek larikan barang kemas berjaya dicekup

    Lelaki berputih mata rugi RM411,000 diperdaya pelaburan saham tidak wujud

    Lelaki berputih mata rugi RM411,000 diperdaya pelaburan saham tidak wujud

    10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

    10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

    PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

    PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

    Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

    Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

    Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

    Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal