Guru cuai, langgar disiplin harus dikecualikan dari kenaikan pangkat secara ‘time based’ – PM

BANGI – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata guru yang cuai, langgar disiplin dan prestasi lemah harus dikecualikan daripada kemudahan kenaikan pangkat secara “time-based.”

Beliau berkata, kerajaan menerima prinsip kenaikan pangkat secara “time-based” namun menegaskan bagi guru yang cuai dan lemah dari segi disiplin, kemudahan itu akan dibatalkan.

“Kalau disiplin (guru) lemah, kalau dalam setahun tak pergi sekolah banyak kali, saya nak batalkan (time-based). Jadi kita harus teliti, tapi saya percaya 90 peratus tak ada masalah,” katanya ketika berucap di majlis sambutan Jubli Emas Penubuhan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), di sini, hari ini. 

Turut hadir, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Aminuddin Awang.

Anwar berkata, tugas guru itu adalah untuk mendidik manusia sehingga adanya elemen kemanusiaan dalam diri masing-masing, maka seseorang itu mesti mempunyai rasa kasih dan sayang kepada guru.

“Saya sampai sekarang baik di Sekolah Cheruk Tok Kun, Bukit Mertajam Boys School, Malay College Kuala Kangsar dan Universiti Malaya (UM), saya tak pernah lupa dan penghormatan (terhadap) sumbangan guru kerana tanpa mereka selain ibu bapa, tidak mungkin (saya) bertapak, jika tidak disemai semangat itu,” katanya.

Perdana Menteri berkata, sehubungan itu kebajikan guru harus dipertahankan dan pada masa yang sama harus melakukan perubahan.

“Malaysia punyai keupayaan dan kapasiti untuk angkat martabat bangsa dan negara, contoh yang baik ekonomi, politik, sosial dan pendidikan, kerana kekuatan asas ada. Kalau nak meningkat tidak boleh dengan budaya lembab macam sekarang, mesti kena tegas,” katanya.

Anwar seterusnya mengingatkan bahawa komitmen beliau dalam soal bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi serta dalam dasar pendidikan negara janganlah dipertikaikan, namun baginya tiada halangan untuk kembangkan bahasa Cina, Tamil, Arab atau bahasa lain, dan ruang sebaiknya akan diberikan.

Beliau berkata, untuk melonjakkan ekonomi negara, penekanan khusus perlu diberikan kepada penguasaan bahasa Inggeris dalam negara menuju ke arah transformasi digital dan kecerdasan buatan (AI).

“Arahan saya pada Kementerian Pendidikan, tidak mahu lewat dan perlu ada kerangka segera tingkat penguasaan bahasa Inggeris supaya negara dapat bersaing. (Namun) Bahasa Melayu jangan kita remehkan, penguasaan dan mutu harus lebih baik dari sekarang kerana keupayaan anak perlu ada,” katanya.

Merujuk kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), beliau berkata, skim itu adalah antara terbaik pernah diumumkan kerajaan dan beliau harap ia dapat meningkatkan prestasi perkhidmatan penjawat awam serta menghentikan amalan tidak baik.

Anwar berkata, meskipun rancangan itu mendapat kritikan pelbagai pihak namun ia tidak mengganggu komitmen kerajaan untuk melaksanakannya, memandangkan penjawat awam sudah 12 tahun tidak merasai kenaikan gaji.

Beliau berkata, dua cadangan NUTP akan dibawa untuk perbincangan membabitkan guru penolong di sekolah rendah gred DG48 dibenarkan memegang jawatan sebagai penolong kanan dan pengoperasian di sekolah rendah termasuk guru besar yang sudah naik ke gred DG52 secara time-based dibenar terus memegang jawatan itu sehingga ke gred DG54.

Related Posts

PM sambut Aidilfitri MADANI di lapan negeri

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meneruskan tradisi Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI tahun ini dengan meraikan hari lebaran bersama rakyat di lapan negeri. Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM

PUTRAJAYA – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan peningkatan jumlah trafik shingga 2.77 juta kenderaan sehari yang menggunakan lebuh raya utama sempena cuti Hari Raya Aidilfitri, pada tahun ini. LLM menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

PM sambut Aidilfitri MADANI di lapan negeri

PM sambut Aidilfitri MADANI di lapan negeri

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta