Guru boleh mohon pertukaran selepas dua tahun berkhidmat – Fadhlina

KUCHING – “Guru kini dibenarkan memohon pertukaran penempatan selepas genap dua tahun berkhidmat tanpa sebarang syarat tambahan dikenakan,” kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau mengumumkan perkara tersebut semasa menyampaikan ucapan alu-aluan pada Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-54 yang berlangsung di Kuching pada Jumaat.

Dalam majlis berkenaan, Fadhlina turut mengumumkan lima lagi inisiatif baharu yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menghargai jasa dan pengorbanan warga pendidik.

Antara inisiatif tersebut adalah pelantikan 1,470 pembantu guru di bawah Program MyPG yang akan ditempatkan di sekolah terpilih berdasarkan kriteria tertentu, dengan setiap sekolah menerima dua personel.

Selain itu, seramai 32 orang guru yang menerima pengiktirafan menerusi Anugerah Ikon Guru, Anugerah Guru Inovatif, Anugerah Khas Pendidikan dan Anugerah Guru Berwibawa akan dihantar ke sekolah antarabangsa di United Kingdom melalui Program Global Immersion For Future-Ready Teachers (GIFT) secara percuma.

“Inisiatif ini adalah tanda penghargaan kepada guru cemerlang, di samping memberi peluang menimba pengalaman antarabangsa,” jelas beliau.

Dalam pada itu, KPM juga akan menghantar guru dan pegawai terpilih mengikuti kursus jangka pendek di luar negara dalam bidang tertentu bagi memperkukuh ilmu dan kemahiran profesional mereka.

Dua lagi inisiatif istimewa diumumkan sempena Hari Guru tahun ini adalah diskaun 20 peratus bagi pembelian tiket penerbangan ke seluruh destinasi melalui portal MH GoM, serta diskaun antara 20 hingga 30 peratus untuk pembelian buku secara dalam talian menggunakan ID DELIMa KPM.

“Semua inisiatif ini mencerminkan komitmen KPM dalam memartabatkan profesion keguruan dan memberi nilai tambah kepada perkhidmatan pendidikan negara,” katanya.

Foto: Jabatan Penerangan Negeri Sarawak

Related Posts

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan MADANI komited memastikan pembangunan dan kebajikan rakyat Sabah terus diberi perhatian melalui pelaksanaan dasar serta bantuan yang lebih berkesan di peringkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

TIMBALAN Pengerusi Ulama UMNO, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali tampil menegur kenyataan berkaitan sejarah para sahabat Nabi Muhammad SAW yang mengelirukan susulan ucapan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang