Guna kenderaan rasmi kerajaan untuk keselamatan – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada sebarang penggunaan melibatkan jentera atau kemudahan kerajaan dalam program kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Namun beliau menjelaskan, keperluan penggunaan kenderaan rasmi kerajaan bukan pilihan, sebaliknya kewajipan keselamatan.

“Tidak ada program di Sabah melibatkan program kerajaan dan kempen saya semuanya kempen atas nama parti. Di Parlimen sudah dijawab.

“Kalau begitu saya perlu pakai kenderaan mana? Kenderaan kerajaan itu diberi kelonggaran, Perdana Menteri mesti guna pasukan keselamatan dan kenderaan rasmi dalam apa program kerana pertimbangan keselamatan,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Fadli Shaari (PN–Pasir Mas) mengenai penggunaan aset kerajaan ketika Ahli Parlimen Tambun itu berkempen sempena PRN Sabah, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Anwar turut menjelaskan bahawa beliau sendiri menetapkan garis tegas agar program kempen parti tidak melibatkan mana-mana agensi atau institusi kerajaan.

“Program kempen tidak ada melibatkan kerajaan. Saya melarang. Ada program ‘Temu Anwar’ yang dibuat di sebuah universiti, saya batalkan dan tukar lokasi kerana tidak mahu universiti menjadi penganjur secara rasmi.

“Dalam peraturan kerajaan memang seorang Perdana Menteri selayaknya menggunakan (kenderaan rasmi kerajaan) kerana ia soal keselamatan yang di luar pertimbangan saya,” katanya.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti keprihatinan terhadap pembangunan negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM