Gua Pelangi bakal jadi lokasi geotrail

JELEBU – Tapak kajian arkeologi Gua Pelangi di Felda Pasoh 4 akan dibangunkan sebagai pakej geotrail dalam usaha mempromosikan ekopelancongan di Negeri Sembilan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Nicole Tan Lee Koon berkata, penemuan artifak bersejarah berusia 14,000 tahun di Gua Pelangi pada 2015 itu memberikan elemen sebagai sebuah kawasan geotrail.

“Elemen bersejarah sudah ada cuma ia perlu dilengkapkan contohnya dari segi papan tanda, latihan untuk jurupandu dan kemudahan asas. Saya juga berpendapat perlu ada sebuah galeri bagi menempatkan artifak ditemukan dalam penyelidikan sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas lawatan ke Gua Pelangi bersama Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS), Jabatan Perhutanan negeri serta Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia pada Khamis.

Dalam pada itu, Tan berkata pihaknya sedang berusaha mencari dana bagi melengkapkan fasa penyelidikan artifak di Gua Pelangi serta merancang membentangkannya pada Belanjawan Negeri Sembilan akan datang.

Media pada 2015 melaporkan sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) menemukan artifak prasejarah di Gua Pelangi yang berusia 14,000 tahun termasuk peralatan seperti kapak batu dan sisa makanan manusia prasejarah seperti rusa dan siput sedut.

Terletak 20 kilometer daripada pekan Jelebu, penemuan artifak itu penting dalam menerangkan asal usul Negeri Sembilan dan daerah Jelebu itu sendiri.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16