GRS yakin memerintah Sabah sekali lagi

RANAU – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan kenyataannya sebelum ini mengenai soal mandat daripada rakyat adalah atas keyakinan bahawa kerajaan pimpinannya akan kembali memerintah selepas Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

Katanya, tindakan pihak lawan yang memperlekeh kenyataan itu tidak lebih hanya sebagai mainan kata-kata.

“Ada juga pemimpin cakap kalau kita minta mandat balik kepada rakyat, mereka cakap macam-macam, bermain dengan kata-kata. Saya pun tidak faham, kita cakap bagus mereka cakap lain.

“Kalau kita cakap bahawa pencapaian kerajaan hari ini begitu baik dan kita perlu diberi mandat sekali lagi pada pilihan raya nanti, kita cakap itu kerana kita yakin kita boleh memerintah Sabah sekali lagi selepas PRN nanti.

“Kita bukan lemah, ada yang cakap kita gagal tetapi kerajaan ini tidak gagal, sebaliknya yang gagal itu ialah mereka itulah yang disebut pencacai-pencacai itu,” katanya dalam ucapan sempena Jelajah Sayangi Sabah Zon 4 Ranau anjuran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Pentas Budaya Pekan Kundasang, di sini, pada Selasa.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata, rakyat tidak boleh tersalah pilih pada pilihan raya nanti bagi memastikan apa yang pernah berlaku dalam sejarah politik negeri ini tidak berulang.

“Kita kena belajar sejarah politik kita yang lalu, kita mesti bersatu, jangan ada di Ranau ini taja-menaja, saya tidak mahu dengar itu, kalau dia dari GRS taja orang, kita tidak akan terima itu.

“Saya ingin menegaskan selaku Pengerusi GRS ini tidak boleh berlaku.

“Kita mesti bijak dalam berpolitik, cukuplah kita digaduh-gaduhkkan, dipecah-pecahkan sebelum ini, jangan kita lepaskan peluang kali ini.

“Banyak parti sekarang melihat perpaduan GRS, kita tunjuk kepada mereka bahawa GRS adalah pilihan rakyat kita di Sabah. Ini peluang keemasan yang kita tawar kepada rakyat Sabah,” katanya.

Katanya, PRN17 adalah peluang terbaik untuk menunjukkan bahawa GRS selaku gabungan parti tempatan adalah pilihan yang tepat untuk rakyat Sabah.

“Kita tonjolkan GRS bukan sembarangan, kita sudah memerintah empat tahun, banyak kejayaan kita capai apabila kita memerintah Sabah.

“Tetapi, ada di luar sana bercakap macam-macam mengenai GRS, itu kerana mereka tidak nampak, tidak melihat apa kejayaan GRS.

“Ada lagi pemimpin datang kononnya mahu kasih bagus Sabah, saya tidak tahu dari mana, tapi apa mereka tahu, datang dari luar ke sini, temberang saja,” katanya.

Mengenai kedudukan GRS di Ranau, Hajiji menyatakan keyakinannya tiga kerusi DUN di kawasan itu mampu dipertahankan di bawah GRS pada pilihan raya nanti.

“Di Ranau ini ada tiga DUN, saya minta rakyat kita di Ranau, saya cukup kenal juga budaya masyarakat di Ranau ini, orangnya cukup baik dan saya yakin dalam PRN akan datang Kundasang, Karanaan dan Paginatan akan kekal menjadi milik GRS,” katanya.

Pada majlis itu, Hajiji turut mengumumkan pembinaan semula jambatan gantung di Kampung Lingkudau, di sini, yang rosak akibat arus deras baru-baru ini dengan peruntukan RM350,000.

Selain itu, beliau juga mengumumkan peruntukan RM1 juta bagi pembesaran Pentas Terbuka Pekan Kundasang dan RM6 juta lagi untuk pembinaan Dewan Serbaguna Kundasang.

Sempena majlis itu, Hajiji turut menyerahkan sejumlah 1,143 geran tanah anak negeri kepada penduduk kampung daripada DUN Kundasang, Paginatan dan Karanaan melibatkan jumlah keluasan 4,177.354 ekar.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam; Menteri Kewangan Negeri yang juga ADUN Karanaan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri yang juga ADUN Paginatan, Datuk Abidin Madingkir.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti