GRS sedia tunai hajat Bung agar bertembung dalam PRN Sabah – Armizan

KOTA BELUD – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersedia memenuhi hasrat Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin agar bertembung dalam Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah, kata Timbalan Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali.

Jelasnya, pendekatan itu diyakini dapat menamatkan segala tuduhan bahawa kemenangan sesuatu parti berpunca daripada kekuatan atau bantuan parti lain.

“Saya melihat bahawa ini merupakan salah satu cara kaedahnya dengan menyerahkan kepada rakyat.

“Maka siapa pun menang nanti tidak ada lagi tuduhan-tuduhan bahawa parti A ini menang disebabkan oleh kekuatan parti B, tidak ada lagi tuduh-menuduh, khianat-mengkhianati dan sebagainya.

“Biarlah kekuatan parti yang bertanding itu adalah kerana kekuatan parti tersebut bersandarkan kepada sokongan rakyat,” katanya mengulas kenyataan Bung berkenaan dengan UMNO akan pertimbangkan kerjasama dengan GRS selepas PRN.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Tahunan Parti Gagasan Rakyat (PGRS) Bahagian Tempasuk 2025, di sini pada Sabtu.

Tambah Armizan, hajat Bung wajar dihormati dan tidak harus dibelakangkan memandangkan beliau mempunyai autonomi selaku Pengerusi UMNO dan BN Sabah.

“Walaupun ini sebenarnya adalah pendapat peribadi saya, bukanlah pendapat rasmi GRS.

“Tapi bagi saya itu adalah pendekatan yang terbaik,” jelasnya.

Tambahnya, GRS kekal terbuka bekerjasama dengan parti teras Kerajaan Negeri, iaitu GRS dan Pakatan Harapan (PH).

“Kita wajar hargai pendirian PH yang telah mengutamakan kestabilan dengan menolak ‘Langkah Kinabalu’ dahulu dan memilih untuk menyokong Hajiji kekal sebagai Ketua Menteri,” katanya.

Walaupun kerjasama kerajaan berjalan lancar, suara akar umbi GRS menunjukkan kecenderungan untuk bersaing dengan BN.

“Saya melihat hari ini kerajaan berjalan dengan amat baik melalui kombinasi kerjasama sedia ada.

“Saya melihat kepada suara dan sentimen para pemimpin dan pendokong GRS di akar umbi, mereka memang mahu bertembung dengan BN,” ujarnya.

Related Posts

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

KUANTAN – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang Datuk Ahmad Farhan Fauzi diamanahkan Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menawan kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota pada pilihan raya umum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jawatan tertinggi bukan jaminan jadi calon PKR PRU16

JOHOR BAHRU – Kedudukan sebagai ketua cabang, ketua wanita atau ketua pemuda PKR bukan jaminan dipilih sebagai calon Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia ada minyak sendiri, tetapi harga masih ikut pasaran dunia

Malaysia ada minyak sendiri, tetapi harga masih ikut pasaran dunia

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

Data tidak menipu!

Data tidak menipu!

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta