GRS fokus bekerja, tidak pandang isu berbaur dengki – Fairuz

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah di bawah pentadbiran Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama Pakatan Harapan (PH-Plus) yang diterajui Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor fokus bekerja untuk Sabah dan tidak ada masa untuk memandang isu remeh yang berbaur sifar dengki serta publisiti murahan daripada mana-mana pihak. 

Demikian dinyatakan Ketua Pemuda Gagasan Rakyat, Datuk Fairuz Renddan yang mendakwa Hajiji terlalu sibuk dalam menyusun atur, melaksanakan, menyampaikan, merealisasikan dan berusaha keras untuk negeri dan rakyat Sabah. 

“Kita tengok dan nilai sendiri macam mana Ketua Menteri kita bergerak dan bekerja sejak awal mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri Sabah dan tidak dinafikan ada cabaran serta dugaannya.

“Tapi itu adalah lumrah kerana untuk berdiri sebagai seorang pemimpin, lebih-lebih lagi sebagai ketua yang mengemudi sebuah bahtera kepimpinan yang dibarisi ramai wakil rakyat dengan pelbagai ragam, tidak mudah.

“Jadi jika ada pihak yang cuba memainkan sentimen busuk hati menghentam beliau (Hajiji), sedangkan pihak mereka sendiri lebih teruk dan terkutuk, ini pesanan saya ikhlas dari hati, sudahlah, jangan buang masa anda, kami tidak ada masa layan publisiti murahan anda!,” tegasnya dalam satu kenyataan media di sini, pada Sabtu.

Fairuz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan itu menyelar kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Muhammad Affan Jumahat berkenaan Hajiji menunggang isu ‘palui’ demi untuk mengalih perhatian rakyat Sabah terhadap kegagalan pimpinan Kerajaan Negeri itu adalah tidak wajar. 

Beliau berkata, sebagai generasi baharu dan anak muda yang bekecimpung dalam bidang politik, Affan seharusnya mempunyai adab sopan dan belajar untuk jadi lebih ‘bijak’ jika ingin berhujah sesuatu isu atau perkara.

Turut memetik pesanan Datuk Seri Masidi Manjun, Fairuz menasihati agar orang muda yang baru menyertai politik perlu banyak belajar dan berpolitik secara terbuka mendepani PRN. 

“Assalamualaikum saudara, semoga anda (Affan) baik-baik dan tenang di sana, boleh fokus atur strategi menempuh Pilihan Raya Negeri (PRN) mulai sekarang jika saudara mahu, tapi tidak perlulah jadi ‘palui’ sampai menampakkan diri sendiri macam tidak habis sekolah.

“Kita di barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Sabah, tidak pernah mainkan isu ‘palui’ apatah lagi dengan tujuan untuk menutup kelemahan diri, dan lebih tidak logik lagi mengheret rakyat Sabah, seperti bangkai gajah tidak akan mampu ditutup dengan daun nyiru, begitu katanya saudara Affan.

“Jika nak kongsi kenyataan atau pandangan, tidak salah, silakan tapi biarlah perkongsian itu ada hala tuju dan motif yang positif, bukan main hentam, serbu tidak pakai helmet, begitu kan biasa kata orang.

“Jadi saya rasa wajar saudara Affan, seorang anak muda yang baru berjinak dengan bidang politik dan mahu jadi pemimpin, tolonglah tonjolkan intelektual sikit dalam percakapan dan buka mata dulu sebelum cakap orang lain yang kering idea dan tidak reti mentadbir negeri, ok jelas saudara?,” soalnya. 

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah itu juga turut mempersoal sumbangan Affan terhadap pergerakan pemuda dan parti ketika masih bersama-sama dalam parti Bersatu. 

“Mungkin ada idea atau buah fikiran bernas untuk diusahakan bersama bagi manfaat rakyat dan negeri Sabah… Saya cuba fikir dan fikir dan rasanya memang tidak ada, jadi saudara Affan, janganlah pula sekarang kerana kita berlainan ideologi, kita mahu bermusuh hingga sanggup pergadaikan tali silaturahim sesama kita, hilang hormat pada seseorang yang kita ikut, kita sanjung umpama persona seorang ayahanda.

“Saya mohon orang yang keluarkan kenyataan itu, buka mata buka minda semula, jika ingin berjuang soal lain-lain untuk rakyat, kita tidak kisah, bahkan kita berbesar hati untuk bergerak bersama, ayuhlah saudara, kita pernah sama-sama juga, kalau ikhlas mahu ubah Sabah, mari kita buat sama-sama.

“Kita anak muda, banyak idea baharu dan tidak rugi jika kita bekerja beramai-ramai untuk Sabah, itu pun kalau betullah saudara mahu bekerja untuk rakyat Sabah dan menyelesaikan semua masalah di Sabah, macam yang saudara cakap,” ujarnya. 

Menurut Fairuz, isu bekalan air, elektrik dan infrastruktur jalan raya seluruh Sabah tidak pernah dipinggirkan dari perbincangan dan pelaksanaan pihak kepimpinan Kerajaan Negeri.

Katanya, masalah sedia ada itu masalah yang ‘diwarisi’ dan mustahil dapat diselesaikan sekelip mata kerana semua pelaksanaan memerlukan masa dan pelbagai proses.

Related Posts

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penjawat awam kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan kerja-kerja pembersihan berjumlah kira-kira RM1.3 juta. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

PADANG BESAR – Cubaan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui laluan haram di sempadan negara berjaya dipatahkan dalam Ops Pintas Kayang yang dilaksanakan di sekitar Padang Besar semalam. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta