GRS belum putuskan kerjasama politik PRN17 Sabah – Hajiji

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) belum membuat sebarang keputusan berhubung kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ahli majlis tertinggi akan bermesyuarat dalam tempoh terdekat ini untuk menentukan hala tuju PRN17 Sabah.

“Ini termasuk siapa dan parti yang akan menjadi rakan kerjasama serta menentukan agihan kerusi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Lembu di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Samah Sabah, Kampung Lok Batik, di sini pada Khamis.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Bung Moktar Radin, bahawa UMNO Sabah hanya akan menimbangkan kerjasama dengan GRS selepas PRN17 Sabah.

“Perkara itu adalah pandangan Bung,” katanya apabila ditanya berkenaan kenyataan tersebut.

Sementara itu, di majlis tersebut, Hajiji turut menyempurnakan penyerahan sumbangan sebanyak 200 ekor lembu korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

“Sumbangan lembu korban itu diagihkan kepada wakil masjid dan surau di kawasan Parlimen Tuaran, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta agensi-agensi negeri dan daerah.

“Ibadah korban bukan sahaja melambangkan ketaatan kepada Allah SWT, juga menjadi medium pengukuhan perpaduan dan semangat saling membantu dalam kalangan masyarakat.

“Ibadah korban membawa mesej besar dalam memperkukuh semangat kesatuan dan saling membantu dalam kalangan masyarakat Islam.

“Hari Raya Aidiladha bukan sekadar perayaan, tetapi satu penghayatan terhadap nilai pengorbanan, keikhlasan dan kepedulian,” ujarnya.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu