Grok disekat sementara oleh MCMC

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada Ahad, menyekat sementara akses kepada platform kecerdasan buatan (AI) Grok bagi pengguna di Malaysia

MCMC menerusi kenyataan berkata, sekatan itu susulan penyalahgunaan Grok berulang kali untuk menjana kandungan lucah, kandungan seksual eksplisit, kandungan tidak senonoh yang jelik melampau serta imej manipulasi tanpa persetujuan.

Menurutnya, ia termasuk kandungan membabitkan wanita dan kanak-kanak, walaupun libat urus kawal selia sudah dikeluarkan kepada X Corp dan xAI LLC.

“MCMC sudah mengeluarkan notis kepada X Corp dan xAI LLC pada 3 dan 8 Januari lalu. Notis itu menuntut antara lain pelaksanaan langkah perlindungan teknikal dan penyelia kandungan yang berkesan.

“Ia untuk mencegah kandungan janaan AI yang mungkin melanggar undang-undang Malaysia, termasuk Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya, pada Ahad.

Bagaimanapun, MCMC berkata, maklum balas yang dikemukakan oleh X Corp pada 7 dan 9 Januari 2026 hanya memberi tumpuan utama kepada mekanisme pelaporan yang dimulakan oleh pengguna serta gagal menangani risiko sedia ada yang wujud hasil daripada reka bentuk dan pengoperasian alat AI berkenaan.

“MCMC mendapati perkara ini tidak memadai untuk mencegah kemudaratan serta memastikan pematuhan kepada undang-undang,” katanya.

Kata MCMC, sekatan berkenaan dikenakan sebagai langkah pencegahan yang wajar sementara proses perundangan dan kawal selia masih berjalan.

“Sekatan akses kepada Grok akan kekal sehingga langkah perlindungan yang berkesan dilaksanakan, khususnya bagi mencegah kandungan yang membabitkan wanita dan kanak-kanak.

“MCMC kekal terbuka untuk libat urus dengan X Corp dan xAI LLC tertakluk kepada pematuhan yang dapat dibuktikan terhadap undang-undang negara.

“Orang awam digesa untuk melaporkan kandungan dalam talian yang memudaratkan kepada MCMC dengan segera dan, jika perlu, membuat laporan polis kepada Polis Diraja Malaysia,” katanya.

Selain Malaysia, Indonesia turut menyekat sementara akses kepada Grok, alat AI milik Elon Musk yang kini disepadukan dengan platform X.

Tindakan itu dibuat selepas timbul kebimbangan tentang kandungan pornografi dan deepfake seksual yang dihasilkan oleh AI.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16