GPS hormati autonomi Sabah, fokus terus berkhidmat untuk rakyat Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin menegaskan pendiriannya menyokong sepenuhnya keputusan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk tidak campur tangan dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang sedang berlangsung.

Menurutnya, Sabah dan Sarawak merupakan rakan setara dalam Persekutuan Malaysia dan berhak mengendalikan proses demokrasi masing-masing tanpa sebarang pengaruh luar.

Beliau berkata, GPS sentiasa konsisten dengan prinsip ‘Sarawak First’, dan sebagai wakil rakyat gabungan itu, beliau tetap teguh memikul amanah tersebut demi kepentingan rakyat negeri ini.

Pada masa yang sama, beliau menekankan bahawa semua wakil rakyat GPS perlu memberi tumpuan kepada tanggungjawab utama mereka, iaitu terus berkhidmat kepada rakyat Sarawak serta menyokong dasar-dasar pentadbiran Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Sarawak terus mara ke hadapan kerana kita bersatu. Kesatuan inilah yang memberi kestabilan, memacu pembangunan dan membawa manfaat kepada seluruh rakyat,” katanya.

Beliau turut mengingatkan slogan ‘Four for one, and one for Four’ perlu menjadi iltizam bersama, bukan sekadar ungkapan, tetapi diterjemahkan melalui tindakan.

Yap menegaskan setiap wakil rakyat GPS perlu menjaga batas antara tugas rasmi, hubungan antara negeri dan penglibatan dalam aktiviti politik, terutama ketika tempoh pilihan raya.

“Disiplin sebegini penting untuk mengekalkan kepercayaan rakyat dan memastikan GPS terus dilihat sebagai gabungan yang berintegriti serta mengamalkan tadbir urus matang,” katanya lagi.

Ujarnya, adalah amat dikesali sekiranya ada mana-mana wakil rakyat GPS yang bertindak di luar garis panduan kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti gabungan dan kepercayaan rakyat.

Sebagai wakil SUPP dalam GPS, beliau berkata, komitmennya adalah untuk terus bekerjasama dengan rakan-rakan gabungan memperkukuh perpaduan Sarawak, mempertahankan hak-hak negeri di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta memastikan fokus utama kekal pada agenda ‘Sarawak First’ demi kesejahteraan rakyat.

Related Posts

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

KABONG – Beberapa Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) berjaya disiapkan dan diserahkan kepada penduduk dalam satu program yang berlangsung pada Jumaat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd Chee Kadir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah

MIRI — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) berjaya menahan sebuah kapal tunda, selepas mengesan aktiviti penyalahgunaan dadah dalam operasi penguatkuasaan di perairan Miri pada petang Sabtu. Pengarah Zon Maritim Miri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah

RM21 juta lindungi Tebingan Seblak, projek baik pulih bermula September

RM21 juta lindungi Tebingan Seblak, projek baik pulih bermula September

Forest bergaya belasah Sunderland 5-0

Forest bergaya belasah Sunderland 5-0

Malaysia mantapkan sektor akuakultur demi jamin bekalan makanan

Malaysia mantapkan sektor akuakultur demi jamin bekalan makanan