Gol Yamal, Raphinha pastikan Barcelona atasi Villarreal

BARCELONA meraih kemenangan 2-0 ke atas Villarreal dalam aksi La Liga, hasil jaringan Raphinha dan Lamine Yamal dalam perlawanan yang menyaksikan tuan rumah beraksi dengan 10 pemain sebelum rehat.

Keputusan itu menyaksikan Barcelona mengumpul 46 mata untuk mengukuhkan kedudukan di puncak liga menjelang tahun baharu, dengan kelebihan empat mata ke atas Real Madrid.

Villarreal pula kekal di tangga keempat pada 35 mata.

Barcelona membuka tirai jaringan seawal minit ke-12 menerusi sepakan penalti selepas Santi Comesana menghalang Raphinha menggunakan belakang badannya ketika pemain sayap Brazil itu cuba mara ke dalam kotak penalti.

Raphinha kemudiannya tenang menyempurnakan sepakan dari titik penalti.

Villarreal kemudian menerima tamparan hebat apabila Renato Veiga melakukan terjahan lewat ke atas Lamine Yamal, mengenai kaki pemain muda itu dan menyebabkan dia terbaring kesakitan.

Veiga terus dilayangkan kad merah enam minit sebelum tamat babak pertama, namun Yamal kembali beraksi selepas menerima rawatan.

Yamal menggandakan kelebihan Barcelona pada minit ke-63 apabila menyambar bola muntah selepas pertahanan Villarreal gagal mengeluarkan bola hasil beberapa percubaan berturut-turut di hadapan gawang.

Walaupun kekurangan seorang pemain, Villarreal tetap memberi tentangan dengan Georges Mikautadze hampir merapatkan jurang.

Namun penjaga gol Barcelona, Joan Garcia, cemerlang menafikan dua percubaan berturut-turut sebelum satu lagi rembatan tersasar.

Related Posts

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

ARSENAL mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara selepas bernasib baik mempertahankan keputusan seri tanpa jaringan menentang Sporting Lisbon sekali gus memastikan kemenangan agregat 1-0, awal pagi tadi. Pasukan kendalian Mikel…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

JARINGAN lewat Luis Diaz dan Michael Olise memastikan Bayern Munich meraih kemenangan dramatik 4-3 ke atas Real Madrid, awal pagi tadi. Keputusan itu sekali gus mengesahkan kemenangan agregat 6-4 dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi