Giliran Aaron-Wooi Yik ke separuh akhir

BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik membuktikan kemampuan mereka apabila berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 selepas menundukkan pasangan India di ranking ketiga dunia, Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy pada Khamis.

Kejayaan itu meneruskan hari gemilang kem badminton negara selepas beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah turut mara ke separuh akhir menundukkan pasangan Korea Selatan, Kim So Yeong-Kong Hee Yong.

Perlawanan suku akhir di Porte de la Chapelle Arena itu menyaksikan pertarungan sengit pada set pertama apabila kedua-dua pasangan saling mengejar mata sehingga ke mata 10-10.

Namun, selepas itu Shetty-Rankireddy mula membuka langkah ‘dibantu’ kesilapan beberapa pukulan beregu negara untuk menamatkan saingan set pertama 13-21.

Bagaimanapun, Aaron-Wooi Yik tidak mudah mengalah apabila tampil dengan persembahan lebih bertenaga pada set kedua untuk menang 21-14 sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Tempo permainan semakin rancak pada set ketiga menyaksikan kedua-dua gandingan terus menyaingi mata demi mata dan ternyata pasangan negara yang berada di ranking kelima dunia lebih berhak untuk meraih kemenangan 21-16.

Ia sekali gus menyaksikan Aaron-Wooi Yik mengulangi pencapaian di Tokyo 2020 apabila juga mara ke separuh akhir.

Related Posts

HTAA rawat bekas pemain hoki tular kurang siuman

KUANTAN – Bekas pemain hoki remaja kebangsaan, Mohamad Asmawi Zaidi yang dikatakan tidak siuman kini ditempatkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), dekat sini, untuk tujuan rawatan. Pengarah Jabatan Kebajikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tengku Zafrul dipilih Presiden BAM

TENGKU Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz dipilih sebulat suara sebagai presiden baharu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam mesyuarat agung tahunan ke-80 badan induk itu hari ini. Pada 25 Mac lalu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar kecam sekatan unilateral sebagai tindakan angkuh, seru hormati negara kecil

PM Anwar kecam sekatan unilateral sebagai tindakan angkuh, seru hormati negara kecil

Program Membaca Bersama Datuk Bandar DBKU semai budaya ilmu di SK Gersik

Program Membaca Bersama Datuk Bandar DBKU semai budaya ilmu di SK Gersik

Pesta Tasik Biru 2025 tanda Bau terus maju, sasar pengiktirafan UNESCO

Pesta Tasik Biru 2025 tanda Bau terus maju, sasar pengiktirafan UNESCO

POSKOM Bekenu tarik minat warga emas mohon Kenyalang Gold Card

POSKOM Bekenu tarik minat warga emas mohon Kenyalang Gold Card

Apabila legasi menjadi lobi: Cabaran terhadap institusi undang-undang Malaysia

Apabila legasi menjadi lobi: Cabaran terhadap institusi undang-undang Malaysia

Judicial echo chambers: The quiet power of influence in Malaysia’s legal establishment

Judicial echo chambers: The quiet power of influence in Malaysia’s legal establishment