Gigih, rajin kunci kejayaan Reny pelajar cemerlang STPM SMK Arshad Kota Belud

KOTA KINABALU – Usaha gigih dan rajin adalah kunci utama kejayaan bagi Reny Amira Romzi apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Pengetua Terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Arshad, Kota Belud.

Kongsi Reny kepada pelajar yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran di Tingkatan Enam, mereka perlu mempunyai sikap rajin dan tidak mudah berputus asa.

“Sebagai seorang pelajar, kita haruslah menyiapkan setiap latihan yang diberikan oleh guru tanpa bertangguh dan tidak putus asa dalam menghadapi cabaran menuntut ilmu,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Konvokesyen Pelajar Tingkatan Enam Kohort 11 STPM 2023 di Hotel Klagan 1Borneo di sini pada Sabtu.

Reny berjaya merekodkan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) tertinggi bagi STPM di sekolah itu iaitu PNGK 3.92 manakala rakannya, Alvin Vince Alfred pula menerima Anugerah Ikon Pelajar Tingkatan Enam dengan PNGK 3.67.

Perasmian majlis itu disempurnakan oleh wakil Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Milus Alu@Abd. Wahad yang merupakan Penyelaras PKR Dewan Undangan Negeri Pintasan, Kota Belud.

Milus dalam ucapannya berpesan kepada graduan agar terus bersemangat dalam memburu kecemerlangan di peringkat seterusnya.

“Graduan juga perlu melengkapkan diri dalam penguasaan kepelbagaian kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi, teknologi maklumat dan insaniah.

“Justeru itu, usah persia-siakan kesempatan yang ada ini dan teruslah memburu kecemerlangan akademik yang masih jauh dan terbentang luas di hadapan,” katanya.

Sementara itu, Pengetua SMK Arshad, Yakup Nasip berkata, prestasi STPM tahun 2023 yang telah menunjukkan peningkatan dari segi PNGK dimana tahun 2022 hanya mencatatkan 2.61 meningkat kepada 2.72 tahun 2023 dengan seramai 23 pelajar mendapat PNGK 3.00 dan ke atas.

“Graduan yang kita raikan pada hari ini telah berjaya mengekalkan keputusan lulus 100 peratus yang dicapai pada tahun 2021 dan 2022 serta berjaya meningkatkan kualiti STPM daripada PNGK 2.61 kepada 2.72 pada tahun 2023.

“Maksudnya pelajar yang kita raikan pada hari ini telah berjaya mengekalkan peratusan 100 peratus dan meningkatkan kualiti STPM sekolah ini,” tambah beliau.

Related Posts

Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis

SARATOK – Tindakan seorang lelaki tempatan yang dipercayai menjadikan aktiviti penjualan loteri awam haram sebagai sumber pendapatan tambahan membawa padah apabila dia ditahan polis pada Ahad. Ketua Polis Daerah Saratok,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JTU Sabah sita ekskavator, lori dalam serbuan pasir haram

KOTA BELUD – Sebuah ekskavator dan sebuah lori disita dalam satu operasi penguatkuasaan terhadap aktiviti pengorekan serta pengambilan pasir darat secara haram di Kampung Pintasan, di sini pada 5 Mac…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis

Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis

Hafiz Suip meriahkan Program Sungkey Rami Cats FM

Hafiz Suip meriahkan Program Sungkey Rami Cats FM

Tarikh tengok anak bulan Syawal 19 Mac

Tarikh tengok anak bulan Syawal 19 Mac

JTU Sabah sita ekskavator, lori dalam serbuan pasir haram

JTU Sabah sita ekskavator, lori dalam serbuan pasir haram

Mekanik, penganggur didakwa tunggang motosikal secara bahaya

Mekanik, penganggur didakwa tunggang motosikal secara bahaya