Gerak kerja calon PH tunjuk perkembangan positif di DUN Gum-Gum

SANDAKAN – Timbalan Ketua Cabang PKR Lembah Pantai merangkap Setiausaha Politik Kanan kepada Menteri Komunikasi, Abdullah Izhar Mohamed Yusof menyifatkan kempen calon PH di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gum-Gum menunjukkan perkembangan positif dengan gerak kerja yang semakin aktif sejak hari pertama kempen.

Menurut beliau, tinjauan yang dilakukan sejak semalam mendapati aktiviti lapangan serta program yang dijalankan calon PH di kawasan itu membantu memperkenalkan calon dengan lebih dekat kepada komuniti setempat.

“Saya lihat di DUN Gum-Gum, perjalanan dan pergerakan calon amat aktif.

“Ia membantu meningkatkan prestasi kempen dan menjadi langkah penting untuk memenangi kawasan ini,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) On Wheels (Now) dan Lawatan Setiausaha Politik Menteri Komunikasi ke Pusat NADI Pekan Batu Sapi, di sini pada Ahad.

Izhar berkata, jentera parti perlu mempunyai mekanisme kempen yang tersusun bagi memastikan calon dapat menyampaikan hasrat, manifesto serta dasar yang bakal dilaksanakan sekiranya diberi mandat.

“Pendekatan turun padang dan bertemu pengundi secara bersemuka sangat penting.

“Di Sandakan, isu utama yang sering dibangkitkan ialah infrastruktur.

“Jika perkara ini diberi perhatian, ia mampu menambat hati pengundi, khususnya di Gum-Gum dan Karamunting,” katanya.

Tambah beliau, pertembungan pelbagai penjuru di kedua-dua kerusi itu menjadikan kempen lebih mencabar, justeru hubungan rapat dengan komuniti termasuk pengundi Cina perlu diperkukuh.

“Saya harap calon-calon kita terus berusaha keras.

“Dengan kerjasama erat bersama komuniti dan pusat setempat, ia mampu membantu kita memenangi DUN berkenaan,” katanya.

Izhar turut menekankan bahawa kejayaan kempen bergantung kepada kemampuan calon menyampaikan dasar Kerajaan MADANI serta keyakinan untuk membawa pembangunan lebih baik kepada rakyat Sandakan.

Related Posts

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

PUTRAJAYA – Kerjasama strategik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) dalam aspek pemuliharaan karya seni bernilai tinggi yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sebagai tanda…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa