Geng Jack pecah kedai, premis tumpas sekali lagi dalam Ops Pintu

SUNGAI PETANI – Polis menumpaskan Geng Jack yang aktif melakukan pecah premis perniagaan dan pejabat termasuk ketua kumpulan yang baharu sahaja selesai menjalani hukuman penjara pada Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, kumpulan itu diketuai lelaki dikenali Jack, 30, yang mempunyai 36 rekod jenayah dan 11 rekod lampau berkaitan dadah serta satu kes dikehendaki polis.

Menurutnya, empat lagi anggota kumpulan berusia 29 hingga 52 turut ditahan serta dikesan mempunyai pelbagai rekod berkaitan jenayah dan dadah.

“Ops Pintu dilaksanakan pada 28 hingga 31 Mei telah berjaya menahan lima lelaki tempatan yang melakukan pecah premis perniagaan dan pejabat sekitar bandar ini.

“Menerusi serbuan ini, polis berjaya menyelesaikan kira-kira 15 kes termasuk pecah pejabat firma guaman, premis makanan Jepun, restoran, sarang burung walit dan tadika di Kedah dan Pulau Pinang,” katanya.

Polis turut merampas sebuah kenderaan, enam utas jam tangan pelbagai jenama, dua dompet, satu rantai leher, wang tunai pelbagai negara bernilai RM1,455.66, lima telefon bimbit, komputer riba, dua guni kepingan besi disyaki peti besi dan peralatan pecah rumah.

Turut ditemui empat peket plastik lut sinar di dalamnya berisi ketulan dadah disyaki syabu dengan anggaran berat 1.82 gram dan wang tunai RM833.

Beliau menjelaskan, kesemua suspek dikesan positif dadah jenis methamphetamine.

Jelas beliau, modus operandi Geng Jack menyasarkan mana-mana premis yang dilihat mempunyai peluang atau kebarangkalian untuk memperoleh hasil lumayan selain menyamar menggunakan pakaian milik syarikat utiliti bagi mendapatkan maklumat sebelum pecah masuk premis dilakukan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek direman bagi membantu siasatan.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16