Generasi STEM50 diseru kuasai ilmu Sains dan Teknologi – Annuar Rapaee

SIBU – Sesi Randau bersama Datuk Dr Annuar Rapaee telah diadakan di SMK Agama, Sibu bagi pelajar STEM50 (Kohort 1) Tingkatan 4 yang memilih aliran Sains bersama ibu bapa mereka.Program ini bertujuan memberi pencerahan mengenai hala tuju pendidikan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) selain membincangkan harapan dan cabaran yang bakal dihadapi oleh para pelajar.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr Annuar menegaskan bahawa STEM merupakan kunci kepada pembangunan masa depan negara. Beliau mengingatkan para pelajar bahawa kejayaan dalam bidang ini bukan sekadar memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan, tetapi juga bagaimana ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan untuk kemajuan masyarakat.

“Kejayaan dalam STEM bukan hanya tentang gred yang baik, tetapi bagaimana kita menggunakan ilmu itu untuk membawa perubahan positif kepada dunia,” katanya.

Beliau turut menekankan kepentingan disiplin, daya saing, dan ketahanan mental dalam menempuh cabaran akademik. Selain itu, beliau menyeru para guru untuk terus membimbing pelajar dengan penuh komitmen serta menggalakkan ibu bapa memberikan sokongan moral dan motivasi yang berterusan kepada anak-anak mereka.

Program ini mendapat sambutan baik daripada para hadirin, dengan ibu bapa dan guru menyatakan penghargaan atas usaha memperkasakan pendidikan STEM di kalangan pelajar.

Beliau berharap agar pelajar STEM50 dapat mencapai kecemerlangan akademik dan menjadi pemimpin dalam bidang sains dan teknologi pada masa hadapan.

Related Posts

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

KUANTAN – Setiap penganjuran program perlu merujuk kepada prinsip yang jelas tanpa mengetepikan nilai dan adab. Selain itu, sebarang kelulusan pula sepatutnya mengambil kira sensitiviti agama dan penerimaan masyarakat setempat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kesesakan Pulai: Johor laksana pelan menyeluruh, gembleng tindakan segera hingga jangka panjang

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor mengambil langkah drastik bagi menangani kesesakan trafik yang semakin kritikal di kawasan Pulai, dengan pelaksanaan pelan komprehensif melibatkan tindakan segera, sederhana dan jangka panjang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC

Kesesakan Pulai: Johor laksana pelan menyeluruh, gembleng tindakan segera hingga jangka panjang

Kesesakan Pulai: Johor laksana pelan menyeluruh, gembleng tindakan segera hingga jangka panjang

Aminuddin kekal, tiada pertukaran kepimpinan di Negeri Sembilan – PM

Aminuddin kekal, tiada pertukaran kepimpinan di Negeri Sembilan – PM

Ekonomi Islam tidak dipinggirkan, cabaran sebenar adalah pelaksanaan

Ekonomi Islam tidak dipinggirkan, cabaran sebenar adalah pelaksanaan