Generasi muda perlu semat jiwa merdeka – Kamil Munim

IPOH – Generasi muda perlu menghayati makna sebenar kemerdekaan dengan membina jiwa yang berani, berdisiplin dan bersedia berbakti kepada negara, kata Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim.

Beliau berkata, kemerdekaan yang dinikmati hari ini bukan datang dengan mudah, sebaliknya lahir daripada pengorbanan para pejuang terdahulu yang sanggup mempertaruhkan keringat, air mata dan darah demi tanah air.

“Jiwa merdeka bukan sekadar melaungkan kata-kata tetapi dizahirkan melalui tindakan dengan berbakti, berkhidmat dan membina nilai murni dalam diri serta masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Bakti Muda Jiwa Merdeka di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sultan Azlan Shah, Tanjung Rambutan, anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) pada Khamis.

Turut hadir, Ketua Pengarah JKOM, Datuk Ismail Yusop dan Timbalan Pengarah Pengurusan ILKKM, Dr Dhanabalan Sandra Segaran.

Lebih 1,000 kakitangan serta para pelatih ILKKM turut sama memeriahkan majlis yang dipenuhi dengan pelbagai progran dalam semangat penuh kemerdekaan.

Mengulas lanjut, Muhammad Kamil menegaskan bahawa para pelatih ILKKM bakal menjadi barisan hadapan sistem kesihatan negara, justeru mereka perlu menghayati semangat merdeka dan nilai kesukarelawanan sejak di bangku latihan lagi.

“Pengalaman pandemik COVID-19 membuktikan barisan kesihatan adalah benteng pertahanan utama negara.

“Oleh itu, semangat bakti dan jiwa merdeka perlu menjadi teras agar para pelatih bukan sahaja cemerlang dalam ilmu dan kemahiran, tetapi juga tabah, berdaya tahan dan berjiwa besar,” katanya.

Menurutnya, konsep kesukarelawanan tidak terhad kepada sumbangan wang ringgit, tetapi turut merangkumi masa, tenaga, idea dan kepakaran yang diberikan secara ikhlas untuk kesejahteraan masyarakat.

Beliau turut mengajak generasi muda menjiwai nilai Malaysia MADANI, iaitu negara yang berasaskan keadilan, hormat-menghormati, kemampanan dan kesejahteraan rakyat.

“Apabila anda menyarung uniform kesihatan, anda bukan hanya membawa nama diri sendiri, tetapi imej Kementerian Kesihatan Malaysia, imej kerajaan dan imej negara.

“Peganglah integriti, disiplin dan tanggungjawab kerana inilah jiwa merdeka yang sebenar,” katanya.

Beliau turut menyeru para pelatih mengisi masa muda dengan ilmu dan pengalaman bermanfaat, menjadi generasi yang berani mencipta perubahan positif, serta sentiasa sedar bahawa setiap usaha kecil memberi makna besar kepada masyarakat.

“Jiwa merdeka yang anda sematkan hari ini akan menentukan masa depan bangsa kita,” katanya.

Related Posts

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

MUTAKHIR ini, muncul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah masalah ekonomi negara berpunca semata-mata daripada kegagalan moral pemimpin, malah dilabel dengan istilah keras seperti ‘bebal’ dan ‘zalim’. Naratif sebegini bukan sahaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China