Gencatan senjata Thailand-Kemboja, Anwar buktikan Malaysia pemain utama keamanan serantau

PUTRAJAYA – Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN telah menunjukkan contoh dan teladan kepimpinan serantau yang proaktif dan progresif sehingga membolehkan rundingan diplomatik dalam gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand Berjaya mencapai kejayaan.

Timbalan Presiden Amanah, Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Malaysia berjaya memainkan peranan utama sebagai perantara dalam rundingan damai antara Thailand dan Kemboja yang berlangsung di Kuala Lumpur.

“Rundingan yang dimulakan sejak awal Mei lalu mencapai kejayaan signifikan hari ini apabila kedua-dua negara bersetuju menamatkan ketegangan di kawasan sempadan yang telah berlarutan selama beberapa bulan.

“Persetujuan ini turut membuka laluan kepada kerjasama keselamatan dan ekonomi rentas sempadan yang lebih kukuh,” katanya menerusi kenyataan, pada Selasa.

Beliau menyatakan demikian bagi mengulas persetujuan Thailand dan Kemboja untuk melaksanakan gencatan senjata tanpa syarat berkuatkuasa serta merta mulai pukul 12 tengah malam waktu tempatan (24.00) hari ini (28 Julai).

Mengulas lanjut, Mujahid berkata, peranan aktif Anwar yang sebagai negarawan berpengalaman dan pendokong dialog damai ASEAN, diiktiraf dan diseganli oleh kedua-dua delegasi tersebut.

Menurut beliau, Perdana Menteri dilihat menggunakan pendekatan hikmah, diplomasi berprinsip dan kesediaan Malaysia menjadi ‘ruang neutral’ untuk rundingan sulit serta terbuka.

“Malaysia nyata sekali telah memainkan peranan yang lebih mendasar dalam konflik Thai-Kemboja melalui hubungan budaya serta cara ASEAN yang mendambakan rantau ASEAN sebagai contoh unggul hidup aman dalam kepelbagaian yang merupakan mercu identiti ASEAN.

“Saya percaya kestabilan serantau adalah tanggungjawab bersama. Malaysia komited menjadi jambatan perdamaian dan bukan penghasut permusuhan.

“Kita berharap dan sentiasa mendoakan semangat perdamaian ini akan terus mekar dalam kalangan negara-negara ASEAN demi kestabilan, kemakmuran dan keharmonian rantau ini,” katanya.

Related Posts

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

DALAM landskap politik hari ini, semakin kerap kita melihat naratif yang mengaitkan agama dan institusi diraja sebagai ukuran kejayaan sesebuah kerajaan. Doa, ucapan istiadat, dan simbol kebesaran digunakan untuk membentuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan kerajaan akan terus bertindak proaktif dalam mendepani krisis global yang semakin mencabar dan kompleks. Menerusi hantaran di akaun rasmi beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal