Gempa bumi kuat 6.8 magnitud gegar perairan Kota Kinabalu 

KOTA KINABALU – Satu gempa bumi kuat berukuran magnitud 6.8 berlaku di perairan berhampiran Kota Kinabalu (KK) pada pukul 12:57 pagi tadi. 

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gempa tersebut berlaku pada koordinat 7.0° Utara dan 116.4° Timur Magnitud: 6.8, kira-kira 49 kilometer barat dari Kudat, Sabah dengan kedalaman 678 kilometer. 

Gegaran dilaporkan dirasai di Sabah selain turut dirasai di beberapa bahagian Sarawak dan Semenanjung Malaysia. 

Bagaimanapun, METMalaysia memaklumkan bahawa gempa bumi berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. 

Katanya, pemantauan keadaan semasa dan perkembangan lanjut berkaitan kejadian tersebut akan terus dilaksanakan. 

Justeru, orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini diminta untuk mengisi borang soal selidik menerusi pautan berikut: https://forms.gle/bRkJBUqLEPAf8KVw9.

Sementara itu, tinjauan di media sosial khususnya di platform Facebook mendapati ramai penduduk di sekitar pantai barat Sabah memaklumkan mereka terjaga daripada tidur selepas merasai gegaran berkenaan.

Beberapa pengguna turut berkongsi pengalaman masing-masing dengan menyatakan gegaran dirasai selama beberapa saat termasuk di kawasan Likas, Kota Belud Kundasang, Papar yang dilaporkan mengalami gegaran agak kuat.

Selain itu, penduduk di luar Sabah seperti di Miri dan Sibu Sarawak juga memaklumkan turut merasai kesan gegaran tersebut.

Related Posts

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16