Gempa 5.5 magnitud landa Syria

DAMSYIK – Gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter melanda 28 km timur pusat bandar Hama.

Agensi berita Xinhua melaporkan, Pusat Gempa Nasional Syria berkata, gempa bumi yang dirasai di beberapa wilayah Syria itu berlaku pada 11.56 malam waktu tempatan pada Isnin pada kedalaman 3.9 km timur bandar Hama.

Gegaran ini susulan gempa bumi terdahulu yang direkodkan pada 9:30 malam pada hari Isnin dengan magnitud 3.7.

Pusat gempa sebelum ini terletak 21 km timur Hama.

Setakat ini, tiada mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan besar dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Televisyen negeri menyiarkan langkah keselamatan di media sosialnya, menasihatkan penduduk supaya sentiasa berwaspada kerana gegaran susulan boleh berlaku.

Memetik ucapan di stesen radio Sham FM pro-kerajaan berkata, Ketua Pusat Gempa Nasional Syria, Raed Ahmad berkata bahawa gegaran itu boleh menjadi pelopor kepada gempa bumi yang lebih kuat.

Sementara itu, penduduk di kawasan tertentu seperti Hama dan Damsyik telah memilih untuk tinggal di luar rumah kerana bimbang akan potensi gempa susulan.

Gempa bumi berkuasa 7.8 magnitud melanda utara dan barat Syria pada 2023 yang mengakibatkan kemusnahan yang ketara.

Related Posts

Handala godam laman web Stryker

WASHINGTON – Serangan siber ke atas syarikat peralatan perubatan Amerika Syarikat (AS) – Stryker – dilapor dilakukan oleh kumpulan penggodam Handala yang dikaitkan dengan Iran, susulan serangan ketenteraan AS dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 9,000 lokasi jadi sasaran AS-Israel

ISTANBUL – Tentera Amerika Syarikat (AS) dan Israel menyerang 9,000 sasaran dalam tempoh 10 hari pertama serangan ke atas Iran, kata Datuk Bandar Tehran, Alireza Zakani pada Khamis, lapor Anadolu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan