Gelaran juara BAC 2025 milik Aaron-Wooi Yik

PASANGAN beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih gelaran pertama musim ini selepas mengungguli Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 di China, lewat petang tadi.

Kejuaraan itu diraih selepas menumpaskan gandingan tuan rumah, Chen Bo Yang-Liu Yi dalam aksi di final di Pusat Sukan Olimpik Ningbo.

Kemenangan itu juga menamatkan kemarau 18 tahun gelaran kejohanan sama yang kali terakhir dimenangi Choong Tan Fook-Lee Wan Wah di Johor Bahru pada tahun 2007.

Biarpun ditentang sengit pasangan lawan, Aaron-Wooi Yik bermula dengan langkah kanan apabila menang set pertama 21-19.

Momentum positif kemudian diteruskan pada permainan kedua dan pengalaman nyata berpihak juara dunia 2022 itu apabila mengesahkan kemenangan 21-17 dalam tempoh 47 minit permainan.

Kemenangan tersebut menyaksikan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 melebarkan kemenangan ke atas pasangan nombor 16 dunia itu kepada 3-1.

Menerusi kemenangan itu, Aaron-Wooi Yik membawa pulang wang tunai AS$37,000 (RM165,227), manakala Bo Yang-Liu Yi berpuas hati dengan ganjaran AS$17,500 (RM78,147).

Related Posts

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

BRIGHTON & Hove Albion membelasah Chelsea 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, sekali gus melonjak ke tangga keenam liga dengan 50 mata. Ferdi Kadioglu membuka jaringan seawal minit ketiga sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

WOLVES disahkan tersingkir dari saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi selepas keputusan seri tanpa jaringan West Ham United menentang Crystal Palace menutup peluang mereka untuk kekal. Kelab dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti