Gelandangan ditemukan meninggal dunia di perhentian bas

SANDAKAN – Seorang lelaki dipercayai gelandangan ditemukan meninggal dunia di perhentian bas Grandview, Jalan Buli Sim-Sim di sini pada malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata, pihak polis menerima laporan dari orang awam pada pukul 8.30 malam yang mendapati seorang lelaki terbaring dan tidak sedarkan diri di lokasi tersebut.

Katanya, pasukan ambulan yang tiba mengesahkan lelaki tersebut telah meninggal dunia.

“Hasil siasatan awal polis mendapati si mati dipercayai berusia sekitar 60-an dengan ciri-ciri fizikal tinggi sekitar 155 sentimeter memakai baju biru berkolar dan seluar pendek serta dipercayai berbangsa Cina.

“Tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Jelasnya, saksi-saksi serta pemeriksaan awal mendapati lelaki tersebut sering berada di sekitar kawasan bangunan kedai Grandview dan dipercayai menjadikan perhentian bas itu sebagai tempat tidur.

Kata beliau, pihaknya mengesahkan bahawa tiada unsur jenayah disyaki dalam kes ini yang diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut.

Sehubungan itu, katanya, polis memohon kerjasama orang awam atau waris yang mengenali lelaki berkenaan untuk menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Samad Sundalu, di talian 019-8606714.

“Mayat lelaki tersebut telah dibawa ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) untuk bedah siasat,” ujar beliau.

Related Posts

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

KUALA LUMPUR – Penganjuran Pesta Vaisakhi sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) bukan sahaja menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, malah terus memberi impak positif kepada sektor pelancongan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

TEMERLOH – Sepasang suami isteri warga emas maut manakala empat individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 134, Jalan Kuantan–Kuala Lumpur, petang Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen