Gelandangan didakwa bunuh wanita peniaga sambal bilis

KUANTAN – Seorang gelandangan didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan atas pertuduhan membunuh seorang peniaga wanita pada 12 Februari lalu.

Tertuduh Zalzul Kamar Abdul Ghani, 53, mengaku faham sebaik pertuduhan itu dibacakan di hadapan majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki terbabit didakwa membunuh Norshamira Zainal, 37, di kawasan jeti Sungai Kuantan, dekat Jalan Padang Lalang, Kuantan, antara jam 7.30 dan 8.30 malam.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara hingga 40 tahun dan dikenakan 12 sebatan.

Pendakwaan dilakukan Pengarah Pendakwaan Pahang, Sharizat Ismail dan Timbalan Pendakwa Raya, B Deevagaran Naidu.

Tertuduh bagaimanapun tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 10 April depan bagi sebutan semula sebelum kes itu dirujuk ke Mahkamah Tinggi.

Media sebelum ini melaporkan seorang peniaga wanita ditemui mati di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, selepas mangsa menghantar sambal bilis ditempah gelandangan terbabit.

Tertuduh ditahan 15 Februari lalu di sebuah rumah di Wakaf Tembesu, Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu.

Susulan penahanan tertuduh, polis menjumpai semula cincin mangsa yang dilaporkan hilang dan merampas gelang emas di sebuah kedai pajak di Kuala Terengganu.

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi