Gelagat kanak-kanak tambat hati Juri di Borneo Musical Festival

SIBU – Kreativiti dan gelagat 14 peserta kanak-kanak yang mengenakan pelbagai jenis kostum dan pakaian beragam berjaya menawan hati juri serta pengunjung di Borneo Musik Festival.

Pertandingan baju beragam yang bertemakan pakaian kerjaya ini merupakan salah satu acara yang dianjurkan bersempena dengan Borneo Musical Festival yang berlangsung dari 11 hingga 29 September.

Seramai 14 kanak-kanak dari Sibu termasuk luar kawasan Sibu mengambil bahagian dalam pertandingan ini demi merebut hadiah wang tunai beserta sijil.

Cuaca hujan juga tidak menjadi halangan buat para penonton yang ingin bersama-sama memeriahkan acara tersebut.

Menurut salah seorang pengunjung, Jackson Seli berkata pertandingan ini sangat menarik dan menghiburkan kerana para pengunjung berpeluang menyaksikan tingkah lucu dan gelagat kanak- kanak cilik yang memperagakan pelbagai jenis kostum yang unik.

“Saya berharap pertandingan ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang dan menjemput lebih ramai lagi kanak-kanak dari daerah-daerah yang lain untuk menyertai pertandingan ini,” katanya.

Orang ramai dijemput untuk memeriahkan festival ini sepanjang 18 hari festival ini berlangsung yang bertempat di Phase 2 Sibu.

Selain itu, gerai jualan makanan dan permainan juga turut dibuka kepada pengunjung.

Pihak penganjur turut menjemput artis tempatan seperti Ricku El, Iman Ibrahim, Olivia Tang dan ramai lagi bagi menghiburkan para pengunjung yang hadir.

Related Posts

Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

SARATOK – Malam Tujuh Likur disambut meriah di Saratok dengan pelbagai aktiviti tradisional dan keagamaan, termasuk pertandingan pintu gerbang yang menjadi daya tarikan utama.  Menariknya, Malam Tujuh Likur merupakan kemeriahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

JITRA – Bapa kepada dua beradik yang cedera akibat bermain mercun bola di kawasan rumah mereka di Kampung Baru, Kuala Nerang pada 19 Mac lalu ditahan bagi membantu siasatan berhubung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

PM sambut Aidilfitri MADANI di lapan negeri

PM sambut Aidilfitri MADANI di lapan negeri

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta