Gangguan IT global bukan serangan siber tetapi kecacatan hos Windows

KETUA Pegawai Eksekutif dan Pengasas CrowdStrike Inc, George Kurtz mengesahkan bahawa isu teknologi maklumat (IT) global semasa yang menjejaskan banyak syarikat penerbangan, perniagaan dan organisasi bukanlah insiden keselamatan atau serangan siber.

Beliau melalui LinkedIn berkata, syarikat itu sedang giat bekerja dengan pelanggan yang terjejas oleh kecacatan yang ditemui dalam kemas kini kandungan tunggal untuk hos Windows tetapi hos Mac dan Linux tidak terjejas.

“Ini bukan insiden keselamatan atau serangan siber. Isu ini telah dikenal pasti, diasingkan dan pembetulan telah dijalankan.

“Kami merujuk pelanggan ke portal sokongan bagi mendapatkan perkembangan terkini selain akan terus menyediakan kemas kini yang lengkap serta berterusan di tapak web kami,” kata Kurtz.

Beliau juga berkata, CrowdStrike mengesyorkan agar organisasi berkomunikasi dengan wakil CrowdStrike melalui saluran rasmi.

“Pasukan kami digerakkan sepenuhnya untuk memastikan keselamatan dan kestabilan pelanggan CrowdStrike,” tambahnya.

Terdahulu, gangguan IT global menjejaskan beberapa lapangan terbang antarabangsa termasuk operasi syarikat penerbangan di seluruh dunia dengan sesetengahnya menghadapi penutupan sementara, penangguhan penerbangan serta gangguan kepada kebanyakan sistem daftar masuk dan tempahan syarikat penerbangan.

Selain itu, gangguan itu turut menjejaskan operasi di syarikat rel, syarikat media dan perbankan.

Di tempat lain, bank-bank India, lapangan terbang dan pasaran saham turut dilanda gangguan teknologi maklumat global pada Jumaat.

Related Posts

Keselamatan jemaah haji terjamin walaupun konflik Asia Barat

SEPANG – Kerajaan memberi jaminan keselamatan jemaah haji Malaysia kekal terpelihara walaupun wujud kebimbangan susulan konflik di Asia Barat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan asas Kg Pulau Sepanggar

SEPANGGAR – Kerajaan terus komited memperkasa pembangunan luar bandar melalui pelaksanaan Projek Kampung Angkat MADANI (KAM) yang memberi manfaat langsung kepada komuniti setempat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keselamatan jemaah haji terjamin walaupun konflik Asia Barat

Keselamatan jemaah haji terjamin walaupun konflik Asia Barat

Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan asas Kg Pulau Sepanggar

Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan asas Kg Pulau Sepanggar

Kerajaan kaji langkah baharu bantu pesawah

Kerajaan kaji langkah baharu bantu pesawah

Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

Kebebasan bersuara bukan hak mutlak tanpa batas – Pengamal undang-undang

Kebebasan bersuara bukan hak mutlak tanpa batas – Pengamal undang-undang