GAMMAS anjur perhimpunan aman sokong kerajaan Sabah

KOTA KINABALU – Gerakan Anak Muda dan Mahasiswa Anak Sabah (GAMMAS) akan menganjurkan perhimpunan aman pada 21 dan 22 Jun ini di Jalan Gaya, bagi menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Menurut kenyataan media GAMMAS, perhimpunan yang dijadual bermula pukul 2 petang itu dimaklumkan kepada pihak polis pada 16 Jun lalu menerusi notis rasmi yang dihantar ke Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu.

“Perhimpunan ini diadakan bukan untuk menyaingi perhimpunan Gempur Rasuah 2.0 anjuran Suara Mahasiswa UMS, sebaliknya bertujuan memberi penerangan kepada umum bahawa majoriti pelajar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) tidak menyokong perhimpunan tersebut,” kata kenyataan itu di sini pada Jumaat.

Antara tujuan utama perhimpunan untuk menyatakan sokongan kepada Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah dan Pakatan Harapan (GRS-PH) yang menjaga kebajikan mahasiswa dan belia Sabah menerusi pelbagai bantuan seperti program one-off RM300 (SENTOSA), bantuan RM1,500 hingga RM2,000 (BUDI), tiket penerbangan SUBFLY, biasiswa RM50 juta serta bantuan komputer riba.

Di samping itu, untuk mengiktiraf usaha Kerajaan Negeri dalam mewujudkan ribuan peluang pekerjaan kepada anak muda melalui pembangunan kilang Kibing dan Nexilis di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP).

“Termasuk mempertahankan institusi istana sebagai simbol perpaduan rakyat pelbagai etnik, agama dan kaum di Sabah daripada penghinaan oleh pihak yang didakwa mempunyai agenda politik tertentu.

“Selain itu, GAMMAS turut menggesa kesaksamaan dalam membanteras gejala rasuah serta mendesak agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula siasatan terhadap dakwaan penyelewengan peruntukan luar bandar berjumlah RM1.5 bilion yang dikaitkan dengan Datuk Seri Shafie Apdal.

“Walaupun ada pihak yang cuba menghalang, perhimpunan ini tetap akan diteruskan,” kata GAMMAS.

Related Posts

Pahang terus jadi nadi utama kepentingan FELDA

MARAN – Pemilihan Bandar Tun Abdul Razak Jengka sebagai lokasi sambutan Hari Peneroka Kebangsaan sempena ulang tahun ke-70 FELDA pada 7 Julai depan menjadi penghormatan besar kepada warganya di Pahang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perlu penyelesaian jangka panjang trafik Telipok, alih bulatan tidak boleh tergesa-gesa

KOTA KINABALU – Kerajaan tidak mahu mengambil tindakan tergesa-gesa dalam isu kesesakan trafik di flyover Telipok sehingga boleh menjejaskan aliran trafik sedia ada. Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang terus jadi nadi utama kepentingan FELDA

Pahang terus jadi nadi utama kepentingan FELDA

Perlu penyelesaian jangka panjang trafik Telipok, alih bulatan tidak boleh tergesa-gesa

Perlu penyelesaian jangka panjang trafik Telipok, alih bulatan tidak boleh tergesa-gesa

Kerajaan desa perlu diiktiraf sebagai peringkat pentadbiran keempat – Salleh

Kerajaan desa perlu diiktiraf sebagai peringkat pentadbiran keempat – Salleh

KKM ambil langkah awal hadapi ancaman Hantavirus

KKM ambil langkah awal hadapi ancaman Hantavirus

‎Sabah sokong aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035

‎Sabah sokong aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035

Kaamatan platform kukuhkan keharmonian masyarakat berbilang kaum

Kaamatan platform kukuhkan keharmonian masyarakat berbilang kaum