Gaji minimum dinaikkan kepada RM1,700 mulai 1 Februari

GAJI minimum akan dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan, berkuat kuasa 1 Februari 2025.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi majikan yang mempunyai pekerja kurang daripada lima, gaji minimum baharu akan berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.

“Untuk itu, Kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025.

“Kerajaan juga memutuskan penangguhan kuat kuasa gaji minimum RM1,700 membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh 6 bulan iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025,” jelasnya ketika membaca Rang Undang-Undang Perbekalan (2025) Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini .

Namun tambah Anwar, Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) akan menerbitkan garis panduan gaji permulaan bagi sektor pekerjaan untuk rujukan pekerja.

Turut diumumkan, peruntukan RM200 juta bagi Dasar Gaji Progresif.

“Selanjutnya, Dasar Gaji Progresif ialah ikhtiar Kerajaan Madani untuk mereformasi pasaran buruk dengan matlamat meningkatkan pendapatan pekerja.

“Dasar ini sudah mula dilaksanakan secara rintis pada Jun lalu dan akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada tahun hadapan. Dasar Gaji Progresif diperuntukkan RM200 juta dan akan memanfaatkan 50,000 pekerja,” katanya.

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat