FTES beri peluang awal pelajar Sarawak lanjut pengajian – Abang Johari

KUCHING – Pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) memberi peluang awal kepada pelajar anak Sarawak untuk melanjutkan pengajian ke peringkat universiti, khususnya di institusi pengajian tinggi milik negeri.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelaksanaan awal skim berkenaan melibatkan pelajar yang layak, dengan kerajaan negeri menanggung yuran pengajian bagi memastikan akses pendidikan tinggi tidak terhalang oleh kekangan kewangan.

Menurut beliau, masih terdapat pelajar Sarawak yang mempunyai kelayakan dan potensi akademik, namun terpaksa menangguhkan atau membatalkan hasrat menyambung pengajian akibat faktor kewangan keluarga.

“Situasi ini perlu ditangani secara berperingkat supaya bakat anak Sarawak tidak terlepas daripada sistem pendidikan tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) di Dewan Konvensyen, Raia Hotel & Convention Centre Kuching pada Khamis. 

Abang Johari menjelaskan pelaksanaan awal FTES melibatkan institusi pengajian tinggi Sarawak sendiri, sebagai langkah permulaan sebelum diperluaskan mengikut keupayaan kewangan dan perancangan jangka panjang kerajaan negeri.

Katanya, skim berkenaan merupakan sebahagian daripada pelaburan kerajaan Sarawak dalam pembangunan modal insan, selaras dengan keperluan negeri ke arah ekonomi moden dan berdaya saing.

“Pendidikan tinggi adalah asas kepada masa depan Sarawak. Melalui FTES, kerajaan negeri berhasrat memastikan pelajar Sarawak yang layak diberi peluang yang adil untuk menimba ilmu,” katanya.

Pelaksanaan FTES turut menyokong aspirasi Pelan Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030, yang menekankan pembangunan pendidikan sebagai teras kemajuan negeri.

Related Posts

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

TUMPAT – Polis menahan 11 individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Wakaf Bharu di sini yang didakwa melibatkan seorang lelaki dipukul beramai-ramai, dipercayai kerana selisih faham keluarga. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

SHAH ALAM – Sarapan percuma diberikan kepada pelajar di kesemua 873 sekolah di Selangor bagi meringankan perbelanjaan ibu bapa susulan krisis tenaga global. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa