Fokus bantu mangsa tanah runtuh, bukan politik – Hajiji

PAPAR – Tumpuan Kerajaan Negeri ketika ini adalah untuk membantu mangsa tragedi tanah runtuh, bukannya berbicara soal politik, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata, dalam menghadapi musibah yang meragut 13 nyawa, semua pihak perlu mengenepikan perbezaan politik dan bersatu membantu rakyat yang terkesan.

“Fokus kami sekarang ialah untuk membantu masyarakat yang terjejas. Soal politik bukan keutamaan ketika ini.

“Semua pihak, tanpa mengira latar belakang politik, perlu bersatu dalam menghadapi musibah ini,” katanya pada sidang media selepas meninjau lokasi tanah runtuh di Dewan Raya Tandugal, Kampung Mook, Kinarut, di sini, Rabu.

Dalam lawatan itu, Hajiji turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta menyerahkan bantuan segera kepada mereka yang terkesan.

“Dua ahli keluarga terkorban dalam kejadian ini. Saya dan seluruh pimpinan Kerajaan Negeri amat bersimpati dan turut sedih dengan apa yang berlaku.

“Kita akan bantu sedaya upaya, termasuk dalam urusan pengebumian dan bantuan kepada keluarga mangsa.

“Kita sudah beri RM10,000 bantuan untuk setiap mangsa. Begitu juga Yayasan Kebajikan Negeri Sabah turut menyumbang RM10,000 setiap mangsa.

“Bagi rumah yang musnah, bantuan pembinaan semula sebanyak RM30,000 diberikan, melibatkan tiga buah rumah setakat ini,” jelasnya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan bantuan sampai segera kepada semua keluarga mangsa.

Sambil menyambut baik seruan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, Hajiji menegaskan bahawa solidariti dan kepedulian bersama adalah kunci dalam menghadapi dugaan besar ini.

“Ini masa untuk kita tunjukkan bukan batas perbezaan politik, dalam kita menghadapi musibah, semua rakyat dan agensi kerajaan mesti digemblengkan membantu.

“Jangan dulu kita fikir politik-politik ini, jangan dijadikan ini sebagai isu itu ini,” ujar beliau.

Related Posts

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengemas kini nasihat perjalanan ke rantau Asia Barat dan menggesa rakyat Malaysia termasuk jemaah haji supaya mendaftar keberadaan serta mengemas kini maklumat perhubungan melalui portal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan