FKAT lambang kasih sayang, martabat warisan budaya

TAWAU – Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) bukan hanya acara tahunan, sebaliknya menjadi lambang kasih sayang dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik di daerah ini.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Sabah, Datuk Rina Jainal berkata, dengan penyertaan menerusi pameran reruai etnik, FKAT terus berperanan penting turut menyegarkan warisan turun-temurun kepada generasi muda.

“Kita lihat ini adalah usaha dan semangat terbaik dalam kalangan mereka yang terlibat dan pameran reruai kreatif ini amat dinantikan setiap wakil etnik.

“Tahniah Majlis Perbandaran Tawau (MPT) memastikan anugerah berprestij ini dapat menyemarakkan kreativiti dalam menghasilkan seni kreatif mereka berdasarkan budaya masing-masing,” katanya.

Rina yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan berkata demikian kepada media selepas merasmikan pameran etnik serta penyampaian hadiah pondok etnik kreatif dan ceria sempena FKAT kali ke-10, di sini, pada Jumaat.

Pada masjlis itu, Etnik Toraja dinobatkan sebagai juara pameran pondok etnik kreatif dan ceria manakala tempat kedua etnik Lundayeh dan ketiga etnik Bugis.

Etnik Toraja membawa pulang piala pusingan pondok etnik dan wang tunai sebanyak RM2,000.

Setiausaha Persatuan Kebudayaan dan Kebajikan Bangsa Toraja Sabah, Erica Hamsah berkata, konsep Rumah Tongkonan yang memaparkan beberapa ukiran asli antaranya Pa’Tedong, Pa’Ulu Karua dan Pa’Dadu menjadi tarikan dan faktor kemenangan dalam pameran pondok.

“Semalam reruai kami banyak didatangi pengunjung bukan sahaja dari dalam negara tapi juga dari Spain dan France.

“Saya percaya kemenangan ini adalah usaha semua komuniti Toraja baik dari promosi menerusi media sosial dan mereka yang terlibat bertungkus-lumus di reruai ini,” katanya.

Sebanyak 30 reruai etnik memaparkan kreativiti masing-masing mengetengahkan konsep perkahwinan, kepahlawanan dan kraf tangan.

Related Posts

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

KUALA KRAI – Penahanan seorang wanita oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Miah di sini, petang semalam, membawa kepada rampasan lima laras senjata api, termasuk M-16. Komander Briged Tenggara,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

KUANTAN – Hujan lebat lebih dua jam mengakibatkan kejadian banjir kilat di kawasan Habu Heights, Cameron Highlands, petang semalam. Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintendan Azri Ramli berkata, hujan lebat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan