Fitnah TYT Sabah di Facebook, suri rumah didenda RM10,000

KOTA KINABALU – Perbuatan seorang suri rumah yang memuat naik kenyataan berbaur fitnah di Facebook terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah membawa padah apabila dia denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, pada Khamis.

Hakim Marlina Ibrahim menjatuhkan hukuman denda itu sebaik Asmaziah Sedek, 32, yang menggunakan akaun Facebook dengan nama ‘Ash Qiey’ mengaku bersalah membuat hantaran palsu berkenaan pada 29 Julai lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Hakim turut memerintahkan tertuduh dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya menerima laporan polis pada 1 Ogos lepas berkenaan dengan fitnah terbabit.

“Suspek kemudian ditangkap di Kota Marudu selain telefon bimbit jenama REDMI 13C berserta kad SIM yang dipercayai digunakan bagi memuat naik hantaran tersebut turut dirampas,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Khamis.

Jelas Kasim, pihaknya memandang serius sebarang bentuk kenyataan berunsur fitnah, hasutan atau penghinaan yang dibuat melalui media sosial khususnya melibatkan institusi negeri.

“Tindakan undang-undang akan terus diambil tanpa kompromi bagi memastikan keharmonian dan keselamatan masyarakat sentiasa terpelihara,” tegasnya.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16