Felda Teloi Kanan Wilayah Alor Setar dinobat pemenang AKRF 2024

SERDANG – Felda Teloi Kanan Wilayah Alor Setar dinobatkan pemenang Anugerah Kecemerlangan Rancangan Felda (AKRF) 2024 pada Ahad sekali gus menerima hadiah RM1 juta.

Anugerah itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Karnival Keusahawanan sempena Hari Peneroka Felda (HPF) 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini pada Ahad.

Ketua Peneroka, Azmi Ibrahim, 57, berkata, kemenangan itu sangat bermakna buat komuniti Teloi Kanan kerana ia diperoleh hasil kerjasama dan sikap bersatu-padu mereka.

Menurutnya, jika diikutkan agak sukar untuk Felda Teloi Kanan bersaing dengan finalis lain ekoran hanya mempunyai 3.2 hektar tanah pertanian termasuk 0.8 hektar yang ditanam kelapa sawit.

“Kami rancangan lama iaitu pada 1965, pada masa itu kami diberi 3.2 hektar tanah, 2.4 hektar ditanam pokok getah berbanding Felda lain yang mempunyai empat hektar ladang kelapa sawit bagi setiap peneroka.

“Di situ agak sukar untuk kami bersaing dengan yang lain kerana kekurangan dana, biasalah tanam getah pulangannya tidak sebanyak kelapa sawit. Jadi apa yang komuniti dengan kerjasama badan-badan lain buat adalah mewujudkan tempat pelancongan,” katanya selepas menerima anugerah tersebut.

Tambah beliau, tanah terbiar iaitu lebih 0.4 hektar di kawasan Felda Teloi Kanan dibersihkan dan dijadikan tempat rekreasi seperti kayak serta berkelah.

Jelasnya, usahasama itu secara tidak langsung dapat menjana pendapatan tambahan kepada Felda Teloi Kanan.

“Kita tidak ambil untung hanya diserahkan kepada golongan belia dan badan-badan berkenaan bagi menguruskan tempat tersebut.

“Kawasan kampung kami ada tanah terbiar seperti paya dan bukit namun kawasannya penuh semak samun. Setelah dibersihkan ia berjaya menarik ramai pengunjung,” jelasnya.

Ditanya mengenai hadiah kemenangan, beliau memberitahu, dengan duit itu, pelbagai usaha boleh dilaksanakan untuk menjadikan Felda Teloi Kanan semakin dikenali sebagai salah satu produk pelancongan.

“Contohnya, mencantikkan masjid, selain itu nanti boleh lihat apa yang boleh diusahakan. Untuk pengetahuan semua, sebanyak 263 rumah terdapat di kampung kami,” katanya.

Related Posts

Malaysia, Brunei tegaskan komitmen perkukuh hubungan dua hala

PUTRAJAYA – Malaysia dan Brunei menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan dua hala yang telah lama terjalin, berpaksikan amanah, kepercayaan serta kesepakatan dalam menghadapi cabaran serantau dan antarabangsa. Komitmen tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelantikan Abdul Halim perkukuh SPRM, pacu agenda integriti negara

PUTRAJAYA – Pelantikan Datuk Seri Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkukuh institusi pencegahan rasuah, khususnya dalam keadaan semasa yang menuntut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Seraheng Kakan buka tirai Pesta Kaul, tarik kehadiran pelawat

Seraheng Kakan buka tirai Pesta Kaul, tarik kehadiran pelawat

Regatta Betong 2026: Sukan warisan kembali selepas 16 tahun menyepi

Regatta Betong 2026: Sukan warisan kembali selepas 16 tahun menyepi

Sarawak cadang perluas JMU, tingkatkan penyertaan pelajar luar bandar ke IPT

Sarawak cadang perluas JMU, tingkatkan penyertaan pelajar luar bandar ke IPT

Miri diperkasa sebagai hab ekonomi utama, pacu pengangkutan pintar

Miri diperkasa sebagai hab ekonomi utama, pacu pengangkutan pintar

Sarawak tekankan pembangunan Miri, ekonomi baharu dan pendidikan masa depan

Sarawak tekankan pembangunan Miri, ekonomi baharu dan pendidikan masa depan

‎APM Sabah diperkukuh, tingkat kesiapsiagaan operasi di Kota Kinabalu ‎

‎APM Sabah diperkukuh, tingkat kesiapsiagaan operasi di Kota Kinabalu ‎