FELDA Sungai Koyan simbol kejayaan perjuangan rakyat

FELDA Sungai Koyan, dekat Lipis, menjadi simbol kejayaan perjuangan rakyat luar bandar apabila tanah rancangan itu yang dahulunya sebahagian zon keselamatan semasa era Darurat, kini berubah wajah menjadi pusat kemakmuran dan perpaduan masyarakat.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, FELDA bukan sekadar institusi pembangunan tanah, tetapi manifestasi perjuangan rakyat melangkaui batas kaum dan agama.

Selain itu, ia juga menjadi tunjang kepada pembinaan negara bangsa.

“FELDA membina kehidupan, menegakkan maruah dan menjadi medan perjuangan ekonomi bangsa. Nilai inilah yang menyuburkan semangat Malaysia MADANI berteraskan kemampanan, kesejahteraan, hormat, keyakinan dan ihsan,” katanya ketika berucap pada Program Jelajah Wira MADANI dan Satelit MADANI Rakyat 2025 di Laman Sejahtera Jelai, FELDA Sungai Koyan, hari ini.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri serta FELDA atas penganjuran bersama program itu yang melambangkan kerjasama strategik antara kerajaan dan rakyat.

Wan Rosdy memaklumkan, semangat juang generasi awal peneroka FELDA Sungai Koyan yang terdiri daripada veteran tentera menjadi asas kepada kejayaan dikecapi ketika ini.

“Selepas mempertahankan negara, mereka menggenggam cangkul untuk membina kehidupan baharu.

“Semangat juang inilah yang menyemai benih kejayaan kita nikmati hari ini,” katanya lagi.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM