FELCRA umum agihan akhir keuntungan 2025 RM302.9 juta kepada lebih 71,000 peserta

BAGAN DATUK – FELCRA Berhad mengumumkan Agihan Akhir Keuntungan Projek Penyatuan dan Pemulihan (P&P) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 berjumlah RM302,912,987, melibatkan seramai 71,780 peserta di seluruh negara.

Agihan tersebut menjadikan keseluruhan keuntungan yang diagihkan kepada peserta bagi tahun 2025 melebihi RM632 juta, merangkumi agihan interim, agihan bulanan serta agihan akhir.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pencapaian itu merupakan prestasi terbaik dalam tempoh 15 tahun serta kedua terbaik dalam sejarah 60 tahun penubuhan FELCRA sejak tahun 1966.

Menurutnya, kejayaan berkenaan lebih bermakna kerana dicapai ketika FELCRA menyambut ulang tahun Jubli Intan penubuhannya.

“Pencapaian ini mencerminkan kematangan organisasi serta keupayaan berterusan FELCRA dalam memperkasa ekonomi masyarakat luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Santunan Kasih Ramadan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Masjid Tuminah Hamidi, di sini, pada Sabtu.

Turut hadir Timbalan Menteri KKDW, Datuk Rubiah Wang; Pengerusi FELCRA, Datuk Ahmad Jalan Yaakub serta Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, Mohamed Ismi Abdul Majid.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, prestasi memberangsangkan itu didorong oleh peningkatan harga komoditi serta pengukuhan produktiviti ladang, khususnya sektor kelapa sawit.

Menurut beliau, purata harga Buah Tandan Segar (BTS) kelapa sawit meningkat daripada RM4,182.27 pada tahun 2024 kepada RM4,283.33 pada tahun 2025, sekali gus menyumbang kepada peningkatan pulangan kepada peserta.

Sementara itu, Mohamed Ismi berkata, pencapaian tersebut mencerminkan komitmen seluruh warga FELCRA dalam memastikan kecekapan operasi serta tadbir urus organisasi terus diperkasakan.

Katanya, asas pengurusan yang kukuh, pemantauan kos secara berdisiplin serta fokus terhadap peningkatan produktiviti membolehkan FELCRA menjana pulangan mampan kepada peserta walaupun berdepan cabaran dalam pasaran komoditi.

Pada majlis sama, Ahmad Zahid turut menyampaikan sumbangan dan duit raya kepada pelajar sekolah tahfiz sekitar Bagan Datuk sebagai sebahagian program kebajikan sempena Ramadan.

Related Posts

Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian

PUTRAJAYA – Kos pengeluaran industri agrokomoditi negara meningkat susulan kenaikan ketara harga input pertanian termasuk baja NPK bagi kategori tempatan dan import yang naik sehingga 45.5 peratus, manakala racun meningkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebahagian kecil produk ubat, peranti perubatan berdepan risiko tinggi

PUTRAJAYA – Sebanyak 16.8 peratus bekalan ubat negara dikenal pasti berada pada tahap risiko tinggi setakat 8 Mei dan memerlukan pemantauan serta langkah mitigasi secara berterusan susulan krisis bekalan global.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman