Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

SANDAKAN – Aktiviti penjualan rokok tidak berlesen di sekitar kawasan kaki lima Pasar Batu 8, di sini, pada Sabtu menjadi tumpuan dalam satu tinjauan dan pemantauan menerusi lawatan turun padang oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Fairuz Renddan.

Lawatan turun padang tersebut dilaksanakan bersama anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) bagi meninjau sendiri situasi di kawasan berkenaan.

Pemantauan dilakukan secara menyeluruh di sekitar pasar termasuk lorong-lorong tumpuan bagi memastikan aktiviti penjualan rokok tidak sah dapat dikawal dan tidak berleluasa.

Baru-baru ini, tular video di laman sosial TikTok, memaparkan seorang penguat kuasa dilaporkan cedera selepas dipercayai dipukul oleh sekumpulan lelaki yang berlagak samseng.

Kejadian itu dipercayai berlaku selepas mangsa menegur seorang penjual rokok tidak melakukan aktiviti menjual rokok di kawasan pasar tersebut.

Dalam masa sama, Fairuz turut mengambil kesempatan berinteraksi dengan peniaga bagi mendapatkan maklum balas berhubung situasi semasa serta isu-isu yang dihadapi.

Tinjauan mendapati suasana perniagaan di Pasar Batu 8 kekal berjalan seperti biasa dan terkawal, tanpa sebarang aduan serius dilaporkan oleh peniaga setakat ini.

Langkah pemantauan dan penguatkuasaan akan terus diperkasa dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan undang-undang serta menjamin keselamatan dan kesejahteraan komuniti setempat.

Turut hadir, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Elopura, Henry Hamdan serta PPM Gum-Gum, Datuk Jaffari Waliam.

Related Posts

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

MIRI – Tanjung Lobang Lighthouse berpotensi diperkasakan sebagai salah satu tapak warisan sejarah penting di bandar raya Miri susulan lawatan tapak yang diadakan baru-baru ini bagi meninjau usaha penambahbaikan kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

KUCHING – Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn menegaskan peranan penting Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dalam memelihara warisan masyarakat Bidayuh, memperkukuh perpaduan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi