Fahmi tegur pembangkang perlekeh UIAM

MENTERI Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menegur tindakan pembangkang yang mempertikaikan pemilihan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk melaksanakan kajian berhubung cadangan pelaksanaan pilihan raya bagi pemilihan Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai sikap tidak bertanggungjawab kerana memandang rendah keupayaan universiti awam tempatan yang telah lama berperanan melahirkan tokoh dan pemimpin berwibawa di dalam serta luar negara.

“Saya kesal ada pihak yang mempertikai keupayaan UIAM untuk melakukan kajian ini, bagi saya itu satu sikap yang tidak baik oleh ahli politik ini, dia sepatutnya melihat UIAM sebagai satu institusi pendidikan yang mampu melakukan kajian dan bagi saya, itu satu sikap yang sangat buruk.

“Sangat tak bertanggungjawab dan dia melihat ke bawah satu institusi yang sangat penting yang melahirkan ramai, bukan hanya pemimpin dalam negara kita, malah pemimpin di negara lain,” katanya pada sidang media mingguan di Putrajaya, hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, cadangan pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) serta pemilihan datuk bandar tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

Namun, beliau memaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, ada menyampaikan maklumat secara lisan mengenai kajian yang sedang dijalankan oleh UIAM.

“Beliau cuma memaklumkan bahawa ada satu kajian yang sedang dilakukan oleh pihak UIAM dan belum ada apa-apa yang boleh dibentang kepada Jemaah Menteri untuk dibincangkan.

“Jadi ia cuma pemakluman (secara) lisan, bukan melalui nota ataupun memorandum Jemaah Menteri,” katanya.

Semalam, Perikatan Nasional (PN) mempertikaikan pemilihan UIAM sebagai institusi pendidikan yang menjalankan kajian berkaitan cadangan pelaksanaan pilihan raya PBT bagi pemilihan Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dilaporkan mempersoalkan asas pemilihan UIAM dan menyatakan terdapat universiti lain yang didakwa mempunyai kepakaran lebih sesuai bagi melaksanakan kajian berkenaan.

Related Posts

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

KUALA LUMPUR – Meta Platforms memperkenalkan penambahbaikan ciri keselamatan Akaun Remaja di Instagram di Malaysia menerusi pelaksanaan tetapan kandungan 13+ serta kawalan ibu bapa yang lebih komprehensif bagi pengguna berusia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengadakan pertemuan empat mata bersama rakan sejawatnya dari Australia, Anthony Albanese, dengan fokus memperkukuh hubungan dua hala serta menangani cabaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000