Fahmi sahkan PMX ke China seusai sambutan Hari Kebangsaan 2025

PUTRAJAYA –  Seusai menyertai sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berlepas ke China pada Ahad untuk menghadiri beberapa acara rasmi.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Anwar dijadual bertolak jam 11 pagi tadi untuk menghadiri rangka lawatan kerja sehingga 3 September ini.

Beliau memaklumkan, PMX akan menyertai acara utama dengan menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO).

“Beliau sudah beberapa kali melawat China, tetapi lawatan kali ini sangat penting kerana kita mahu memperkukuh hubungan dua hala, apatah lagi bertepatan dengan sambutan Hari Kebangsaan (Malaysia) dan Hari Nasional (China).

“Saya rasa ini masa yang amat signifikan bagi kedua-dua negara,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya, pada Ahad.

Terdahulu, Kementerian Luar dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan, lawatan itu adalah atas jemputan Presiden China, Xi Jinping, yang turut menjemput Malaysia menghadiri sambutan ulang tahun ke-80 kemenangan rakyat China dalam Perang Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Sedunia.

Sebagai Pengerusi ASEAN, penyertaan Malaysia pada sidang kemuncak itu mencerminkan komitmen negara memperkukuh hubungan ASEAN–SCO, selain mengangkat peranan sebagai pengantara untuk meneroka potensi kerjasama lebih luas.

Selain itu, Anwar juga dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Xi serta mesyuarat dua hala dengan Premier Li Qiang bagi membincangkan kerjasama bilateral dan bertukar pandangan mengenai isu serantau serta antarabangsa yang berkepentingan bersama.

Malaysia dan China menjalin hubungan diplomatik sejak 31 Mei 1974 dengan republik itu kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia selama 16 tahun berturut-turut sejak 2009.

Nilai dagangan Malaysia-China pada 2024 direkodkan berjumlah RM484.12 bilion, iaitu 16.8 peratus daripada jumlah perdagangan global Malaysia sebanyak RM2.879 trilion.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16