Fahmi luah hasrat bertanding MPP demi perkukuh agenda reformasi

KETUA Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil hari ini menyatakan hasratnya untuk bertanding sebagai calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dalam pemilihan parti tahun ini.

Dalam satu kenyataan rasmi, Fahmi menyatakan bahawa keputusan tersebut diambil bukan kerana mengejar jawatan, tetapi atas dasar amanah perjuangan dan komitmen terhadap agenda reformasi yang telah dibina sejak lebih dua dekad lalu.

“Sudah lebih dua setengah dekad kita bersama dalam gerakan reformasi ini – dari jalan raya ke Putrajaya, daripada menuntut keadilan buat individu teraniaya, kepada usaha membina semula sistem yang lebih adil dan telus untuk seluruh rakyat Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Fahmi turut menekankan bahawa PKR bukan sekadar sebuah parti politik, tetapi sebuah wadah perjuangan yang berpaksikan prinsip dan nilai.

Justeru, beliau menyeru agar kepimpinan pusat parti mencerminkan nilai integriti, ketekunan, dan keberanian yang telah menjadi tunjang perjuangan sejak 1998.

“Saya mohon kepercayaan saudara-saudari untuk sama-sama mengangkat PKR ke tahap lebih tinggi. Bukan untuk kita saja, tetapi juga untuk generasi akan datang,” katanya.

Pemilihan ini dijangka menyaksikan pertandingan sengit bagi pelbagai jawatan tertinggi, termasuk barisan MPP yang memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRK16) akan datang.

Related Posts

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

ROMPIN – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, menzahirkan keyakinan penuh rakyat negeri ini terus memberikan mandat kepada BN untuk menerajui kerajaan negeri. Keyakinan itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Oleh: Nazrul Hakimi, Fatin, Eveline B, Siti, Nana Mohamad, Ekin Rosli & Yaya Amir KERAJAAN MADANI memainkan peranan penting dalam melindungi rakyat susulan krisis bekalan global yang menjejaskan ekonomi akibat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Kandungan hina Sultan Selangor: MCMC ambil keterangan individu

Kandungan hina Sultan Selangor: MCMC ambil keterangan individu

Malaysia teguh prinsip kedaulatan, perluas kerjasama teknologi global

Malaysia teguh prinsip kedaulatan, perluas kerjasama teknologi global

14 ADUN tarik sokongan: Beri ruang, PH akan umum kemudian

14 ADUN tarik sokongan: Beri ruang, PH akan umum kemudian

Krisis global & kepimpinan Malaysia

Krisis global & kepimpinan Malaysia