Fahmi, Dr Zaliha antara penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat berkenaan kepada semua penerima di Balairung Seri, Istana Negara di sini.

Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, turut berangkat ke istiadat berkenaan.

Mendahului senarai penerima kurniaan Darjah Kebesaran Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri adalah Dr Zaliha dan Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Noridah Abdul Rahim.

Sementara itu, mengetuai senarai sembilan individu yang menerima Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW), yang membawa gelaran Datuk ialah Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Antara penerima PMW yang lain adalah Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Syed Hamadah Syed Othman; Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan; Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hayatul Akmal Abdul Aziz dan Penasihat Undang-Undang Istana Negara, Zulharry Abdul Rashid.

Selain itu, enam individu dianugerahkan Darjah Johan Mahkota Wilayah (JMW), lima individu menerima Kesatria Mahkota Wilayah (KMW), empat individu dianugerahkan Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan enam individu menerima pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW).

Istiadat yang berlangsung kira-kira sejam itu, turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut sama hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, barisan Jemaah Menteri serta dif-dif kehormat.

Sementara itu, Dr Zaliha ketika sembah ucapan pada istiadat berkenaan menjunjung kasih atas perkenan Sultan Ibrahim mengurniakan darjah kebesaran kepada 32 individu.

“Sesungguhnya, titah dan pedoman Duli Tuanku akan terus menjadi tonggak azimat kepada patik-patik sekalian,” katanya yang turut mendoakan kesejahteraan Seri Paduka Baginda dan seluruh kerabat.

Related Posts

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

ALOR SETAR – Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah pada Khamis bagi tujuan pertuduhan berkaitan usahasama ternakan lembu milik kerajaan negeri. Menurut sumber, penahanan itu susulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

PEMERGIAN Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin satu kehilangan besar buat negara. Perkara itu diluahkan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yang berkata, Allahyarham banyak menyumbang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

  • By Ynom
  • December 5, 2025
Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

  • By Fatin
  • December 5, 2025
397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy