Fahaman, pegangan ahli GISB Holdings menyeleweng, kata Jawatankuasa MKI

PUTRAJAYA – Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (Jawatankuasa Fatwa MKI) menetapkan ajaran, fahaman dan pegangan ahli GISBH Holdings (GISBH) adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran agama Islam.

Pengerusinya, Datuk Nooh Gadut berkata, jawatankuasa itu yang bersidang pada 24 hingga 26 September lalu, menjelaskan bahawa ajaran dibawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISBH, Datuk Nasiruddin Mohd Ali mempunyai ciri penyelewengan.

Beliau berkata, ciri penyelewengan daripada ajaran agama Islam itu ialah Asy-Syeikh Muhammad bin Abdullah As-Suhaimi/Sheikh Muhammad Suhaimi adalah Imam Mahadi, Asaari Muhamad akan muncul bersama Asy-Syeikh Muhammad bin Abdullah As-Suhaimi sebagai pembantu di akhir zaman, Asaari Muhamad boleh memberi syafaat kepada pengikutnya.

Katanya, ciri penyelewengan lain ialah air basuhan anggota badan pemimpin dan air rendaman seperti rambut dan janggut pemimpin mempunyai berkat, mengamalkan ekonomi ma’ash mempunyai unsur perhambaan yang mana keperluan pengikut akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat dan sebagai balasan mereka dikehendaki berkhidmat secara sukarela tanpa sebarang upah.

“Semua orang hendaklah menjauhi ajaran, pegangan dan fahaman berkenaan dan dilarang mempercayai, mengajar, menyebarkan, mengamalkan atau menjadi pengikutnya.

“Mereka yang mempercayai, mengajar, menyebarkan, mengamalkan atau menjadi pengikut ajaran berkenaan hendaklah bertaubat dengan taubat nasuha.

“Orang ramai juga tidak boleh memiliki, menyimpan, menjual, memuat naik, memuat turun, menyebarkan, mengedarkan, menggantungkan atau menerbitkan apa poster, buku, majalah, risalah atau bahan bacaan lain sama ada dicetak, ditaip atau ditulis dalam semua bentuk keluaran termasuk filem. audio visual, rakaman, laman sesawang dan media cetak atau elektronik.

“Jawatankuasa ini juga mencadangkan agensi kerajaan berkaitan di peringkat Persekutuan dan negeri membantu melaksanakan proses istitabah (bertaubat) dan memberi peruntukan atau pembiayaan bersesuaian dengan tujuan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Jakim sudah menyembah maklum pandangan hukum itu kepada Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), Sultan Nazrin Shah seterusnya ke Majlis Raja-Raja pada Oktober lalu.

“Majlis mengambil maklum mengenai pandangan hukum yang dipersetujui dan pihak berkuasa negeri boleh mempertimbang keputusan ini bagi tujuan pewartaan fatwa negeri masing-masing,” katanya.

Related Posts

Pihak berkuasa Thailand kenal pasti 3 suspek bom stesen minyak

KOTA BHARU – Pihak keselamatan Thailand bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia bagi usaha memburu tiga suspek yang disyaki terbabit meletupkan bom secara serentak ke atas beberapa stesen minyak di selatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ruang awam Kuala Lumpur akan diperbaharui

Oleh: Raihana Ali KUALA LUMPUR — Kementerian di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) merancang untuk bekerjasama dengan Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) bagi merangka semula dan memperbaharui ruang awam di ibu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pihak berkuasa Thailand kenal pasti 3 suspek bom stesen minyak

Pihak berkuasa Thailand kenal pasti 3 suspek bom stesen minyak

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

Pemandu van Siam dihadapkan ke mahkamah kes langgar gadis hingga maut

Pemandu van Siam dihadapkan ke mahkamah kes langgar gadis hingga maut

Sarawak cadang AirBorneo jadi penerbangan rasmi Sukan SEA 2027

Sarawak cadang AirBorneo jadi penerbangan rasmi Sukan SEA 2027

Pindaan undang-undang bukti komitmen reformasi Kerajaan MADANI – Ahli Parlimen Miri

Pindaan undang-undang bukti komitmen reformasi Kerajaan MADANI – Ahli Parlimen Miri