Fadhli Shaari dilantik AJK Pas Pusat: Politik usang dalam wajah muda

PEMILIHAN Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari sebagai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat kononnya mahu digambarkan sebagai tanda pembaharuan.

Namun hakikatnya, ia hanya membuktikan Pas terus bergelumang dalam krisis kepimpinan mengitar semula wajah lama dengan retorik lama, tanpa sebarang visi baharu untuk rakyat Malaysia.

Simbol politik usang

Fadhli Shaari bukan nama asing dalam dunia politik sempit Pas. Dari jawatannya sebagai Ketua Pemuda Pas, beliau terkenal dengan gaya ucapan penuh retorik agama yang keras, tetapi kosong dari segi solusi kepada masalah rakyat.

Pemilihan beliau bukanlah lonjakan anak muda progresif, tetapi hanya kesinambungan politik retorik yang sama politik menakut-nakutkan rakyat dengan isu moral, tanpa pelan ekonomi, pendidikan atau pembangunan sebenar.

Pas dalam krisis kepimpinan

Pas cuba menipu rakyat dengan imej ‘pemimpin muda berani’. Tetapi apa yang jelas, mereka sebenarnya buntu dalam melahirkan barisan pemimpin berwibawa.

Pemilihan Fadhli Shaari hanya menzahirkan satu hakikat pahit parti itu ketandusan tokoh pelapis yang benar-benar mampu membawa gagasan Malaysia maju dan inklusif.

Mudarat kepada PN

Kehadiran Fadhli dalam AJK Pusat mungkin memberi semangat kepada kelompok konservatif Pas, tetapi pada masa sama ia menambah jurang dengan pengundi bandar, kelas menengah dan masyarakat bukan Melayu.

Retorik keras yang dibawanya tidak hanya menjauhkan rakyat daripada Pas, malah melemahkan imej PN yang sedang cuba menyaingi Kerajaan MADANI di peringkat nasional.

Rakyat harus celik

Pas boleh cuba menukar wajah kepimpinan, tetapi selama mana mereka terus mengangkat individu seperti Fadhli Shaari, ia jelas menunjukkan tiada kesungguhan untuk berubah.

Rakyat harus celik Pas bukanlah parti masa depan, tetapi hanya parti yang memperdagangkan agama untuk kekal berkuasa.

Yang muda hanyalah wajahnya, tetapi fikirannya tetap terkunci dalam politik usang yang menolak kemajmukan, menolak progresif, dan menolak masa depan.

“Pah larak Padeli Saari hok cakap baharambang boleh menang undi tertinggi AJK Pas Pusat, takdok orang hok molek bedooh doh ke dalam Pas ni?”

Related Posts

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

KENYATAAN terbaharu seorang Adun Pas tentang usaha kerajaan negeri dalam mencapai kadar sifar miskin tegar di Kedah menjadi bahan sindiran. Ia susulan pendirian berbeza oleh wakil rakyat parti itu sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

MUTAKHIR ini, muncul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah masalah ekonomi negara berpunca semata-mata daripada kegagalan moral pemimpin, malah dilabel dengan istilah keras seperti ‘bebal’ dan ‘zalim’. Naratif sebegini bukan sahaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan